Wednesday, July 1, 2009

Comelnya Cinta Part 1...

Farisya berlari-lari anak menuju ke bilik air di tingkat atas pangsasiswa 2 tingkat itu. Dia mencapai raga plastik berwana merah jambu. Dia mencuci muka dan memberus gigi dengan pantas. Gel mandian susu kambing diheret masuk ke dalam bilik air dan dia membersihkan diri. Usai membersihkan diri, dia kembali ke biliknya.


“Hoi Isya, tak siap lagi ke?” Sergah Hidayu yang baru keluar dari biliknya.

“Kejap… 5 minit aku siap”

“Tu la, lain kali jangan baca novel sampai ke Subuh. Kan dah lambat bangun.”

“Dah ler makcik, jangan ler bebel lagi. Lagi lambat aku nak siap nanti. Kau pergi la wat air dulu. Buat untuk aku sekali yer. Nanti aku bawak biskut” Farisya mengenyit mata.

“Ha, pandai nak bodek orang. Biskut, aku taknak. Bawak bun pandan kaya kau tu kat sini.”

“Iyalah…” balas Farisya sambil masuk semula ke biliknya dan bersiap . tidak lama kemudian, Farisya naik semula ke ruang tamu yang bersambung dengan dapur. Dia meletakkan plastik berisi bun kaya pandan kegemarannya di atas meja. Mereka berdua bersarapan bersama.

“Isya, petang nanti lepas kelas kita pergi tengok wayang nak?”

“Cerita apa?”

“Apa-apa aja lah. Aku boring lah.”

“Kau dah ajak Linda ke belum?”

“Belum lagi. Jap lagi aku ajak lah.”

“Nak ajak siapa lagi?”

“Ajak lah Afiq ngan Hakeem sekali.”

“Nantilah tanya diaorang dulu. Takut diaorang ada kelas atau discussion.”

“Okey”


Selepas bersarapan pagi, mereka berjalan beriringan meninggalkan blok asrama 2 tingkat itu.

“Linda, kau dah siap belum? Cepatlah, nanti lambat.” Laung Farisya dari depan tingkap bilik Linda.

“Dah siap, aku datang la ni” Jerit Linda membalas.

Mereka bertiga berjalan menuruni bukit kolej B. Mereka bertiga berpisah di bangunan Fakulti ekonomi. Linda dan Farisya menuju ke bangunan Sains Matematik manakala Hidayu ke bangunan Sains Laut.


“Linda, petang nanti tengok wayang jom”

“Cerita apa?”

“Entah, apa-apa ajer la… bosan la dok terperap kat bilik jer.”

“Wokeh, no problem.”

“Hakeem dengan Afiq dah ajak belum?”

“Belum. Nanti aku sms diaorang.”

“Woi, mengumpat kitaorang ke?” sergah Afiq.

“Ntahnye, kalo nak ngumpat jangan la sebut nama kitaorang kuat2.” Balas Hakeem.

“Ceh, buat terkejut aku jer. Bengong betullah korang nie, kalau yer pun nak terkejutkan kitaorang, bagilah salam dulu ” Balas Linda geram.

“Sekarang sapa yang bengong? Kalau dah elok-elok bagi salam, bila masa korang nak terkujut?” Soal Afiq.

“Takperla, kami buat2 ler terkujut.. ” balas Farisya.

“Adoi, sengal betulla korang berdua ni. malas nak layan.” Afiq tersenyum sinis.

“Apahal dok seru nama kami tadi?” Soal Hakeem.

“Keem, tengok wayang nak petang nanti. Korang ada kelas tak nanti?”

“Wayang? Ko belanja ke Linda?”

“Ah, tak kuasa aku. Nak ikut, sendiri bayar.”

“Ooo, pandai korang. Sendiri bayar. Tapi time isi minyak keter nanti, aku bayar sorang kan.” Usik Hakeem.

Ala, kalo kau tak sudi nak tumpangkan pun, kitaorang boleh pergi naik bas.” Farisya pura-pura merajuk.

Ala, cik kak comel ni, marajuk pulak. Jangan la gitu, kang elok2 muka tu comel jadik hijau pulak.”

“Apsal lak hijau?” soal Farisya tak mengerti.

“Kang kalau kau dah naik angin bukan kau bertukar ker? Jadi hulk? Hehhehe” usik Afiq

“Kau ni memang nak kena luku ngan aku kan.” Balas Farisya geram.

“Dahler, jomlah masuk dewan. Kang Dr Roziah dah masuk, baru terkedek-kedek cam mak itik nak cari tempat.” Balas Linda.


Mereka bertiga pun menuruti Linda dari belakang bagai itik pulang petang. Mereka berempat satu fakulti..Tapi mereka berempat berlainan pengkhususan. Ada subjek yang serupa ada yang tidak. Kebetulan pagi ini, subjek yang mereka ambil serupa iaitu subjek ‘Numerical Method’.



“Adoi, hensem betul Tom Cruise tu kan” Isya bersuara.

“Macam tu kau kata handsome Isya, kau ni memang tak ada taste. Ni abang Hakeem ni, lagi hadsome tau.” Sakat Hakeem.

“Uwek, nak muntah aku dengar.” Usik Hidayu.

“Kalau abang Hakeem tak cukup handsome, ni abang Afiq jejaka idaman Malaya.” Afiq pulak taknak kalah.

“Ni lagilah, muka macam cekodok basi. Ada hati nak jadi jejaka idaman Malaya.” Balas Farisya meluat.

“Yelah, Isya… aku tau aku ni tak semacho kekasih hati kau Zafrul tu. Tapi apa kurangnya sangat aku ni? bukan kurang banyak pun, kurang sikit jer handsome dari si Zafrul tu.” Usik Hakeem.

“Udahlah Hakeem, jangan sebut-sebut nama dia. Malas aku nak dengar.” Balas Farisya. Linda menyinggung perut Hakeem menggunakan siku.

“Apa?” soal Hakeem tak mengerti.

‘Zafrul buat hal lagi.’ Hidayu berbisik di telinga Hakeem. Farisya buat-buat tidak dengar.

Mereka semua diam seribu bahasa.

“Apasal korang ni diam? Kena sampuk ke?” Usik Farisya. Yang lain masih diam membisu.

“Aku okeyla, malas nak layan soal hati dan perasaan ni. buat runsing kepala otak aku ni. Dia kat sana dok sedap berdangdut bergumbira, aku nak serabut kepala ngan makan hati buat apa. Baik aku makan Sizzling Mee. Lagi sedap. Tambah lagi sedap kalau abang Hakeem ngan Afiq yang handsome ni belanja. “Usik Farisya.

“Keranamu Isya, bulan bintang pun sanggup aku gapai.” Hakeem berbahasa.

“Keem, zaman skang owang dah tak main la bagi bulan bintang.. bagi jer supplementary credit card ker, keter sebijik ker. Baru dahsyat.” Usik Linda.

“Kau nak ker Linda? kau mintak kat abang Afiq ekk. Aku kalau nak bagi pun, aku bagi kat buah hati aku Isya ni jer.” Usik Hakeem.

“Korang ni bosan ler, asyik-asyik Linda dengan Isya jer. Aku ni, sapa pun tak pernah nak offer.” Hidayu pura-pura merajuk.

Ala ayu, kau tu kami malas nak offer. Buang air liur. Tunang kau tahu nanti, habis kami ni kena sekeh. Lainlah diaorang berdua ni, single and available.”

“Pandai ler kau nyer single. Linda tu single la, Isya tu cam mana?”

“Isya tu lain, special case.” Hakeem tersengih. Hidayu mencebik muka.

“Alalala, comel sangatla tu mek oii. Janganlah merajuk. Arini makan, semua aku belanja okey.” Afiq memujuk.

“Betul ke Afiq? Memang kaulah jejaka idaman Malaya.” Usik Linda.

Mereka berlima menuju ke food court dan menjamu selera.



Farisya terasa matanya berpinar dan perutnya memulas. Dia menekan perutnya dan gagahkan diri untuk bangun. Diselongkar laci meja tulisnya dan mencari minyak angin namun tak diketemui. Peluh sejuk mula terbit di dahinya walaupun terasa bahang di luar sana walaupun di malam hari. Tangannya pantas mencapai botol air mineral dan diteguknya air sehingga separuh botol. Dia merebahkan diri di atas katil bercadar biru itu. Dia melihat jam di dinding. Jam sudah menunjukkan angka 10 malam. Farisya gelisah. Tiba-tiba dirasakan perutnya memulas lagi dan tekaknya terasa mual. Dia berlari menuju ke bilik air di tingkat atas. Segala isi perutnya terhambur keluar. Perutnya terasa senak. Dia mengetuk pintu bilik Hidayu.


“Ayu, kau buat apa? Dah nak tidur ke?” soal Farisya.

“Belum. Aku tak ada buat apa-apa pun. Selak-selak buku ni aja. Macam tak ada mood nak baca.” Balas Hidayu.

“Kenapa kau nampak pucat Isya? Kau tak sihat ke?” soal Hidayu.

“Entahlah, perut aku ni meragam pulak. Kau ada minyak angin?” Soal Farisya.

Ada. Kejap aku ambik. Kau nak pergi klinik tak?” Soal Hidayu sambil tangannya mencapai minyak angin di dalam laci mejanya. Dia menghulurkan minyak gosok serai wangi itu kepada Farisya. Farisya mengambil minyak itu dan menyapunya sedikit di perut.

“Aku tahan lagi ni, tengok keadaan dululah. Tapi, aku laparlah lepas muntah tadi.” balas Farisya sambil menggosok-gosokkan perutnya.

“Jomlah, aku teman kau makan roti dengan milo nak ” Balas Hidayu.

Ala, kau nak tumpang sekaki makan kan.” Farisya mengusik. Hidayu tersengih.

Sedang mereka sedang enak minum dan menjamah roti, tiba-tiba Isya menekup mulutnya dan berlari menuju ke bilik air. Hidayu hanya menggelengkan kepala.

“Kau muntah lagi?” Saol Hidayu apabila Isya kembali duduk di kerusi di hadapannya. Farisya mengangguk.

“Jom, pergi klinik.” Cadang Hidayu.

“Klinik apa bukak malam-malam ni? nak pergi dengan apa?” soal Farisya.

“Bagitau Warden lah.” Cadang Hidayu.

“Ah, malaslah aku. Dah malam-malam ni nak kacau dia. Kita ni dah final year, budak budak-budak first year nak ngadu hal kecik-kecik macam ni.” Isya membalas.

“Dah kerja dia.” Balas Hidayu. Tapi Farisya tetap berkeras untuk tidak memberitahu warden dan menunggu esok siang sahaja untuk ke pusat kesihatan.

“Isya, takkan nak tunggu esok. Pucat aku tengok muka kau ni. Kalau kau tidur pun, aku rasa kau tak boleh nak lena dengan keadaan kau macam ni.” Hidayu membalas.

“Takpelah, aku cuba. Dahlah, pergilah tidur. Esok ada kelas pagi kan.” Usul Farisya sambil mengutip mug untuk dibasuh.

“Kau ni memang degil” Hidayu geram. Mereka kemudiannya menuju ke bilik masing-masing. Hidayu tak sedap hati. Dia menyusup pula ke bilik Linda di bangunan hadapan.

“Linda, Isya tak sihat. Malam ni dah dua kali dia muntah. Aku ajak pergi klinik dia taknak. Nak tunggu sampai esok.” Gumam Hidayu.

“Nak pergi naik apa malam-malam ni?” soal Linda.

“Aku suruh bagitau warden dia tak mahu.” Balas Hidayu.

“Call jer Hakeem or Afiq mintak tolong.” Balas Linda.

“Betul jugak tu kan. Lupa pulak aku kat hero dua orang tu. Tapi, malam-malam ni tak kacau diaorang ke?” Soal Hidayu.

Ala, mamat duaorang tu bukan buat apa pun malam-malam ni. Agaknya dok lepak makan roti canai kat kedai tu.” Balas Linda seakan mengerti tabiat dua orang lagi sahabat mereka.

“Betul jugak kan.” Balas Hidayu mengiyakan. Telefon dicapai dan speed dial Hakeem didail. Selepas memberi salam dan salam disambut Hidayu memulakan bicara.

“Hakeem, kau tengah buat apa? ” soal Hidayu.

“Baru habis main badminton. Tengah pekena roti canai kat kedai.” Balas Hakeem.

“Agak dah.” Balas Hidayu.

“Kenapa? Nak aku tapaukan ke?” Soal Hakeem.

“Taknaklah. Aku nak mintak tolong sikit. Ada klinik yang bukak 24 jam tak dekat-dekat sini? ” Soal Hidayu .

“Aku tak surelah. Tapi aku boleh carikan lah. Kau tak sihat ker? ” Hakeem risau.

“Bukan aku, tapi Isya.” Balas Hidayu.

“Isya? Kenapa dengan dia?” Hakeem mula cemas.

“Rileksla bro. Dia muntah-muntah tadi. Dah 2 kali malam ni. Makan jer, terus keluar balik.” Terang Hidayu.

“Aku datang sekarang jugak. Suruh dia bersiap ye. Jangan lupa bawak Ic dengan student card.” Pesan Hakeem sambil pantas mematikan talian.


Isya telah selesai mendapatkan pemeriksaan di klinik. Dia disyaki keracunan makanan dan tekaknya luka sedikit.

“Thanks Hakeem. Sorry susahkan kau malam-malam buta ni.”

“Isya, benda kecik aja. Apa guna kawan kalau benda macam ni pun tak boleh nak tolong kan. ” Balas Hakeem.

“Zafrul tahu kau tak sihat ni?” Soal Afiq.

“Aku malaslah nak bagitau. Kalau bagitau pun dia bukan boleh buat apa.” Balas Isya.

Ala, sekurang-kurangya dia tahu juga khabar dari kau.” Balas Afiq. Hakeem hanya mendengar.

“Small matter jerla. Buat apa nak buat dia pening-pening. Banyak benda lagi yang dia nak fikir. Kerja dia pun baru nak stabil. Biarkan aja dia.” Balas Farisya seperti jauh hati.

“Cek oii, bukan susah sangat nak tanya khabar kan. Dah berapa lama dia dia tak contact kau?” soal Linda pula.

“Entah, aku tak kira la pulak. Seminggu, dua minggu…” balas Farisya selamba.

“Adoi, mamat haprak tu. Memang hampeh.” Balas Afiq.

“Dahlah, jangan citer lagi kisah aku. Bukan ada yang menarik pun.” Balas Farisya sambil menggosok perut. Hakeem memerhatikan gelagat Farisya. Dia tersenyum.

“Isya, kau lapar yea.” Soal Hakeem.

“Lapar jugaklah.” Balas Isya tersengih.

“Eh korang, jom pergi makan dulu. “ Cadang Hakeem.

“Boleh jugak. Pekena tomyam malam-malam buta ni best jugak kan” Balas Linda.

“Ek eleh, orang lain yang sakit. Orang lain yang sibuk beria.” Usik Afiq. Linda hanya tersengih. Hakeem dan Afiq pulang semula ke rumah sewa selepas menghantar Farisya, Hidayu dan Linda ke asrama.



‘Linda, aku nak jumpa kau dengan Ayu petang ni kat depan library. Jangan bagitau Isya. ’

Linda membaca sms dari Hakeem tersebut. Dia lekas-lekas mendelete sms tersebut. Bimbang sekiranya Isya ternampak dan salah sangka.

Petang itu di hadapan perpustakaan.


“Kenapa dengan Zafrul Linda?” soal Hakeem.

Susah aku nak cakap kes Zafrul dengan Isya ni.” balas Linda sambil mengerutkan dahi.

“Hari tu, bukan elok aje ke dia dengan Zafrul. ?” soal Hakeem lagi.

“Elok tak elok sangatlah. Kat belakang Isya, ntah perempuan mana dia usung kehulu kehilir.” Balas Hidayu.

“Mana kau tau?” soal Afiq.

Ada orang yang nampak lah. Rina kawan baik Isya masa sekolah dulu yang bagitau. Dia nampak masa dia balik rumah mak dia kat Kuantan bulan lepas. ” Terang Linda.

“Ooo Rina kawan si Zafrul tu jugak kan.” Balas Afiq.

“Yelah, Rina yang mana lagi. Dia ternampak Zafrul dekat mega mall dengan seorang perempuan ni. Siap pegang-pegang tangan lagi.” Jelas Hidayu.

“Isya ada tanya Zafrul pasal budak perempuan tu ke?” Hakeem ingin tahu.

“Kau taulah Isya tu, lembut hati sangat. Kalau aku, dah sembur habis-habis dah kat Zafrul tu. Zaf ni tak pernah bersyukur. Masa dia dumb Isya 1st time aritu, Isya dah maafkan dia. Merayu-rayu nak berbaik semula. Janji macam-macam. Dah elok, Isya tu maafkan dia dan terima dia balik, dia buat hal lagi. Memang tak kenang dek untung. Rina yang tengok dengan mata kepala sendiri pun rasa nak lempang aje si Zafrul tu” jelas Linda.

“Tapi Zafrul tu buat tak kisah aja masa terserempak dengan Rina masa tu. Tak nampak rasa bersalah pun.” Terang Linda lagi.

“Tu la yang aku geram tu. Masa dah kecewa kena kikis dan dimainkan dek Julia tu dulu, tau pulak nak datang menyembah mintak ampun dengan Isya. Isya ni pulak, kenapa la lembut hati sangat.” Balas Hidayu.

“Korang kan tahu Isya tu macam mana. Nampak jer garang kan, tapi dia lembut hati dan pemaaf. Zaf tu kawan lama dia masa sekolah dulu. Dah lama sangat kenal. Tu yang macam tak sampai hati kot. Kebetulan masa tu dia single, tu yang dia terima balik Zaf tu.” Balas Hidayu lagi.

“ Kalau aku jumpa budak Zaf tu, memang aku bagi penumbuk jer.” Balas Hakeem.

“Keem, kenapa kau tak berterus terang dengan Isya?” Soal Linda.

“Berterus terang apanya?” Hakeem pura-pura tak mengerti.

“Kitaorang tahu kau sayangkan Isya tu kan.” Hidayu bersuara.

“Sayang? Sama macam aku sayang korang semua.” Hakeem cuba mengalih topik.

“Dahlah Hakeem, kalau taknak mengaku sudah. Kami tak paksa.” Getus Linda. Hakeem hanya tersengih bak kerang busuk. Jauh di sudut hati Hakeem, hatinya tersayat pilu.



“Isya, kita jogging kat tasik petang nanti.” Usul Hakeem.

“Boleh jugak. Nanti aku tunggu kat foyer yer. Pukul 5.15. Linda dengan Ayu tak ajak sekali ke?” soal Farisya.

“Aku dah ajak, diaorang malas. Nak tengok tv.” Balas Hakeem lagi.

“Nak tengok citer melayu siri petang tu la. Mana boleh miss bebudak tu.” Terang Farisya.

“Kau tak tengok ke?” Soal Hakeem.

“Aku malas, kalau dah start tengok nanti payah nak berhenti. Mulalah tak boleh lekang depan tv tu. Asal pukul 6 jer kena tercongok depan tv tu. Langsung tak boleh buat benda lain. Aku tengok-tengok macam tu ajerla. Tak ikut sangat.” Farisya bercerita panjang.

“Afiq ikut sekali? “ Soal Isya.

“Ikut.” Balas Hakeem.



Suasana kelihatan tenang di tasik itu. Ramai pelajar sedang beriadah di situ. Ada jugak yang hanya memerhati gelagat orang ramai yang ada di situ.

Mereka bertiga berlari-lari anak mengelilingi tasik itu. Afiq meneruskan larian ke pusingan yang ketiga. Manakala Isya dan Hakeem hanya membuat dua pusingan sahaja. Mereka kemudian duduk berlunjur di atas rumput.

Peluh meleleh dicelahan anak tudung dan mengalir di tepi pipi Isya. Isya mengelap menggunakan lengan bajunya. Hakeem bingkas bangun menuju ke kereta. Dia mengambil sapu tangan dan dua botol 100 plus. Dia kembali mendapatkan Isya dan melambungkan air botol tersebut dan sapu tangan.

“Eee, takmau lah aku sapu tangan kau ni Hakeem. Ntah berapa lama tak basuh.” Isya bersuara.

“Cik kak, aku baru basuhlah. Tak pakai lagi ni.” Balas Hakeem.

“Betul ni?” soal Isya sambil tersengih. Dia mengelap peluh yang meleleh di pipinya. Memasukkan sapu tangan tersebut di dalam kocek seluar tracksuitnya.

“Thanks Keem.” Balas Isya sambil tersenyum manis.

“Hmmm..” Balas Hakeem. Lidahnya tiba-tiba kelu melihat senyuman manis Isya.

“Isya, kalau aku tanya, kau jangan marah ye.”

“Tanyalah dulu. Kalau tak, mana boleh cakap aku marah ke tak.” Isya sengaja menyakat Hakeem.

“Ni yang aku malas nak tanya ni.” Balas Hakeem serba salah.

“Yelah-yelah. Aku tak marah. Tapi, kalau tiba-tiba muka aku jadi hijau tu faham-fahamlah yer.” Usik Isya sambil tergelak kecil. Hakeem juga tersengih.

“Kau dengan Zafrul macammana?” Soal Hakeem serius.

“Macam tu lah Keem. Aku telefon cakap la sepatah dua. Lepas tu, macam-macamlah alasan dia. Sibuklah, nak gosok bajulah, nak keluar dah lah. Macam-macam lagilah alasan dia.”

“dia betul-betul sibuk kot.” Duga Hakeem.

“Keem, kalau dia orang tu betul-betul sayangkan kita sesibuk mana pun pasti boleh luangkan masa. Aku bukan mintak cakap lama pun , tapi 5 minit pun payah nak bercakap dengan dia sekarang.” Balas Isya.

“Isya, sampai bila kau nak biarkan dia mainkan perasaan kau? Kali ni dah dua kali Isya, dia buat macam tu. ” soal Hakeem.

“Entahlah Keem, agaknya salah aku jugak. Aku ni bukan spesis menggoda kot. Pandai nak mengada-ngada dan merengek manja. Tu yang agaknya dia beralih arah tu.” jelas Isya.

“Isya, aku rasa kau dah cukup sempurna.” Pujuk Hakeem.

“Tu kau kata Keem, tapi Zaf tak anggap macam tu. Aku tak cantik, tembam pulak tu, tak anggun, tak pandai bergaya, tak menggoda dan tak macam-macamlah lagilah..” balas Farisya.

“Isya, fizikal tak penting. Pada aku, kau comel. Masa kau marah kau comel. Kalau masa kau senyum lagi kau comel. Masa kau serius dengan dahi berkerut pun aku tetap nampak kau comel. Kalau muka kau berubah hijau, yang tu aku tak sure comel ke tak. Hehhee” Usik Hakeem.

“Kau nampak garang, tapi kau sebenarnya penyayang. Kau nampak serius, tapi kau jugak pandai merapu. Kau nampak tabah, tapi kau jugak sensitif dan lembut hati.” Hakeem meluahkan apa yang dia rasa.

“Thanks Hakeem.” Farisya menghargai usaha Hakeem untuk menceriakannya.

“Isya, aku cakap ni bukan semata-mata nak ambik hati kau tau. Tapi, aku betul-betul ikhlas.” Balas Hakeem . Isya tersenyum.

“Tengok tu, kan aku cakap. Senyum kau tu comel.” Usik Hakeem. Muka Isya kemerahan menahan malu. Dicampaknya botol 100 plus yang sudah kosong ke arah Hakeem. Hakeem mengelak.

“Woiii, ape ni buang sampah merata-rata? Takder sivik langsung.” Jerit Afiq.

“Hakeem ni la, buat lawak ntah apa-apa ntah.” Balas Isya.

“Mana ada. Afiq, kau tengok Isya ni comel tak?” Usik Hakeem.

“Comel sangatt… macam kucing siam.” Balas Afiq.” Farisya berlari anak mengambil semula botol kosong yang dilemparkan tadi dan mengetuk bahu Afiq.

“Nah, amik kau. Berani kau samakan aku dengan kucing Siam yer…”

“Betul apa, kan kucing siam tu comel. Rasa nak picit-picit jer kan. Macam tu jugak aku tengok pipi tembam kau, rasa nak picit-picit jer” Usik Afiq.

“Ceh, bengong la korang nie. Menyampah aku nak layan. Jomlah balik.” Balas Farisya geram. Hakeem dan Afiq tergelak nakal melihat Farisya yang terkulat-kulat. Jauh di sudut hati Hakeem, dia tetap mengatakan walaupun muka Isya berubah hijau, pasti dia tetap comel. Dia tersenyum sendiri.



Farisya merenung lama cermin panjang di ruang tamu blok 6A itu. Dia lihat atas bawah. Dia akui, wajahnya tak lawa sangat . Tak tinggi, cuma 5 kaki 1 inci. Bentuk muka bulat. Kulit agak cerah. Badannya agak berisi. Mungkin 8-9 kg lebih berat dari berat idealnya. Tapi tak dinafikan, bak kata Hakeem, dia agak comel cuma dia tak lawa macam model.


Entah mengapa tiba-tiba dia tersenyum apabila teringat kata-kata Hakeem di tasik tempoh hari. ‘Ahh, Hakeem. Kau memang nakal dan pandai ambik hati aku. Zafrul dulu pun macam tu. Tapi dia dah berubah sejak akhir-akhir ini. Perubahan yang sama seperti dia mula-mula meninggalkan aku kerana Julia suatu masa dulu.’ Farisya tersenyum pahit. Dia menuju ke peti ais di ruang dapur dan menuangkan semug air sejuk dan turun semula ke biliknya di tingkat bawah.


Farisya membelek-belek diari unggu itu. Sejak akhir-akhir ini, tak banyak catatannya. Tiada kisah menarik nak dilarikkan sebagai kenangan. Kalau ada pun, hanya kisah duka antara dia dan Zafrul. Dia sendiri dah naik bosan dengan kisah drama airmatanya itu. Dan, sejak itu dia sudah berhenti menulis. Farisya melayan perasaannya.

‘Agaknya Zafrul malu kot bercinta dengan aku yang tak cantik ni. Aku ni bagai langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan Julia yang pernah bertakhta di hati Zafrul. Tapi dia juga yang beria-ia nak sambung balik ikatan yang pernah terputus suatu masa dulu. Entahlahlah, mungkin dia sunyi waktu itu. Mungkin juga kehadiran aku tika itu hanya sebagai tempat dia mengubat hatinya yang luka setelah Julia meninggalkannya . Tak mustahil jika dia sekarang dah ada pilihan hati.


Tapi, kenapa tak berterus terang sahaja? Bukankah lebih baik dia berterus terang sahaja daripada terus-terusan memberikan alasan yang tak masuk dek akal. Aku bukan bodoh, aku bukan dungu, aku cuma nak dia mengaku dan berterus terang. Aku tak boleh nak menahan dia dari beralih cinta. Soal hati tak boleh dipaksa. Aku mengerti kalau aku bukan pilihannya. Tapi sampai bila dia perlu berahsia begini.


Kalaupun Zafrul dah tak punya rasa kasih dan sayang aku, sekurang-kurangya Zafrul masih ingat aku ni sahabatnya. Dia patut lebih tahu yang aku paling benci kalau ditipu dan ditikam dari belakang. Aku lebih tega berdepan dengan kenyataan walaupun kenyataan itu melukakan hati aku. Walaupun kenyataan itu melukakan kembali parut yang dia tinggalkan suatu masa dulu. Parut yang makin sembuh dek kerana kasih sayang teman-teman yang sentiasa di sisi memberikan semangat. Kasih sayang dari insan-insan yang sentiasa menyayangi aku. Atau akukah yang terlalu naïf dan bodoh kerana memberikan dia peluang dan ruang untuk melukakan hati aku buat kali kedua. Entah, aku sendiri pun tak ada jawapannya.’


1 comment:

  1. hai cik penulis! awk jugak ade bakat..nice story..hope leh wat citer yg menarik!

    ReplyDelete