Wednesday, July 15, 2009

Nasi Lemak With Love Part 2...

Adrina, Ida dan Fazila sampai awal ke sekolah pagi ini. Fazila akan bertugas di pintu pagar utama. Ida bertugas di Blok C manakala Adrina di Blok B dan tempat letak basikal. Adrina sepatutnya bertugas bersama Azri pagi ini. Sesampainya mereka di kelas, beberapa orang pelajar yang lain juga telah berada di dalam kelas.


Selepas meletakkan beg sekolah di dalam kelas, mereka bertiga kemudiannya beriringan menuju ke tempat bertugas masing-masing. Adrina melewati kelas demi kelas di bangunan B seterusnya menuju ke tempat letak basikal di sebelah bangunan tersebut. Matanya melilau mencari Azri. Namun, kelibat Azri belum kelihatan. Adrina mendongak memandang ke koridor bangunan B di tingkat 2 dan 3 kalau-kalau Azri ada di sana. Namun kelibat Azri masih tidak dilihat. Biasanya Azri yang akan datang awal berbanding dia. Adrina mengeluh kecil. Bosan kerana tiada teman untuk berbual dan mencari pasal. Sedang dia leka melihat pelajar-pelajar yang makin membanjiri tempat letak basikal, dia di sapa.


“Cari siapa?” Soal Azrul.

“Azri.” Jawab Adrina acuh tidak acuh.

“Dia tak datang duty ke?” Soal Azrul.

“Ermmm, selalu dia awal. Hari ni belum nampak lagi. Tak tahu la kalau dia ronda kat kelas-kelas atas sana tu.” Balas Adrina berselindung.

“Pandai cover line yea.” Gertak Azrul.

“Mana ada cover line. Memang dia selalu datang awal dari saya.” Adrina bersuara tegas.

“Memang la dia selalu datang awal cik Rin. Bukan dia seorang je datang awal. Orang lain pun selalu datang awal. Awak je yang selalu lambat.” Aduh. Terkena sebijik batang hidungnya. Adrina hanya diam membisu. Malas membalas kata-kata itu. Takut nanti dibaham harimau tak bertaring yang berperangai seperti ketua segala mawas itu.

“Kenapa diam?” soal Azrul.

“Tak ada apa. Kenapa abang Azrul duduk sini je? Pergi lah ronda tempat lain.” Adrina memberi cadangan.

“Kenapa? Tak suka saya ronda sini? Nak mengelat ke tempat lain pulak ke?” Usik Azrul.

“Kalau nak mengelat, baik saya tak payah datang duty terus. Lagi senang. daripada ke hulu ke hilir.” Balas Adrina geram. Azrul hanya tersenyum.

“Saya naik tingkat atas dulu. Tengok dalam kelas.” Balas Adrina sambil meninggalkan Azrul . Adrina mempercepatkan langkahnya. Malas hendak memandang wajah Azrul.

Dia mendaki tangga bangunan 3 tingkat itu. Kemudian menyusuri koridor dan kelas demi kelas. Kelibat Azri masih belum kelihatan. ‘dia tak datang sekolah kot hari ini’ desis hati kecil Adrina. Semasa mereka berbaris untuk membuat sport check, Adrina ternampak kelibat Azri. Dia melambaikan tangan kepad Azri. Azri menghampirinya.

“Abang Azri, kenapa tak duty tadi? Datang lambat ye?” soal Adrina.

“Mana ada lambat. Abang duty la tadi” balas Azri sambil mengerutkan dahinya.

“Jangan tipu, Rin tunggu tadi. Abang tak datang pun.” Balas Adrina tak mahu kalah.

“Bila masa abang duty dengan Rin minggu ni? Minggu ni abang duty block C dengan Dayang la. Tak percaya, tanya dia.” balas Azri.

“La, ye ker? Rasanya Jumaat minggu lepas, Rin dah cek jadual. Patutnya duty dengan abang kat blok B minggu ni.”

“Ish, ketinggalan keretapi betul budak ni. Jadual tu ada rombakan sikit. Awal-awal pagi tadi dah kena tukar.”

“Ye ke? Rin duty kat mana? Dengan siapa ye ?” Soal Adrina bertalu-talu.

“Eh cik kak, ingat abang ni papan kenyataan bergerak ke. Mana la abang ingat semua cik kak oiii..” Azri mengusik.

“Hehheeh, mana la tau kot abang hafal semua. “ Jawab Adrina sambil tersengih. Selesai perhimpunan Adrina bergegas ke bilik gerakan pengawas untuk melihat jadual bertugas yang baru.

‘Tempat bertugas sama. Tapi rakan bertugas Azizul. Alamak, Azizul pergi lawan sepak takraw peringkat daerah. Patutlah aku tak ada partner hari ni.’ Bisik hatinya. Kebiasaannya jika ada pengawas yang tidak dapat bertugas, mereka patut maklumkan pada ketua. Ketua akan mengaturkan sama penolong 1, penolong 2 atau dia sendiri menggantikan anak buah yang tidak dapat menjalankan tugas.

‘Patutlah ketua mawas tu yang tercongok depan aku pagi tadi. Adoi, kalau esok Azizul belum mula bertugas, kena berdepan dengan muka dia tu lagi. ’ Adrina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. ‘Kalaulah dia tahu apa yang aku dah buat minggu lepas, mau aku kena telan.’ Desis hati kecilnya.


*****************************************


Masuk waktu matapelajaran yang ketiga, matanya mengantuk. Dia memandang jam di tangan. Sempat lagi ni nak pergi washroom. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya.


“Taib, aku nak pergi cuci muka kejap. Mengantuk la.” Adrina meminta keizinan kepada ketua kelas.

“Rin, tolong isi air water cooler dalam ni.” Balas Taib sambil dia melambung botol air mineral.

“Aku punya jugak.” Balas Rizal sambil membaling botol air mineralnya juga.

“Adoi, korang ni pemalas betul la.” Balas Adrina sambil mengetap bibirnya.

“Alang-alang kau dah nak lalu sana, tolonglah ye. Nanti aku bagi gula-gula hacks.” Usik Rizal.

“Aku nak ikut. Taib, aku pergi jugak tau ” Balas Ida.

“Cepat tau sebelum cikgu masuk.” Ida dan Adrina menuju ke bilik air membilas muka.


Kemudian menuju ke water cooler yang terletak di tepi tangga. Selepas mengisi dua botol air sejuk, mereka kembali semula ke kelas. Melintasi kelas 5D, entah mengapa dirasakan dirinya diperhatikan. Dia mengangkat wajahnya dan melihat ke dalam kelas itu. Azrul sedang memerhatikannya. Mata mereka bertentang. Adrina mengalihkan pandangan matanya dan terus berlalu.


Loceng rehat berbunyi nyaring. Adrina bangun mengeliatkan badannya yang keletihan akibat duduk terlalu lama.


“Jai, jangan lupa gula-gula aku yer. ” pesan Adrina.

“Yelah, kau ni kalau bab nak pau orang memang tak pernah lupa.” Balas Rizal. Adrina cuma tergelak. Dia bergegas bangun.

“Amboi, lajunya. Dah lapar sangat ke Rin? Ke, nak pergi dating? ” Usik Zul.

“Dating apanyer? Aku kan single and available. Kau ajerla dating dengan aku nak?” Usik Adrina.

“Ahh malas aku. Nanti aku asyik kena pau jer dengan kau. Tak kuasa aku,” balas Zul.

“Kalau kau jadi pakwe aku, takderla aku pau kau lagi. Aku pau Taib, Faizul, Jai takpun Wan, Jeff dengan Bad jer.” Adrina menyakat Zul. Muka Zul kemerahan menahan malu. Adrina ketawa dan Zul hanya tersengih.


Adrina, Fazila dan Ida menuruni bangunan 3 tingkat itu menuju ke Kantin. Kantin telahpun dipenuhi pelajar. Sayup terdengar namanya dipanggil. Dia menoleh. Razman sedang melambai-lambai kepadanya. Mereka bertiga berjalan menuju ke arah Razman.


“Nak makan apa? Abang ambikkan.” Pelawa Razman. Mak Ana, ibu Razman adalah pemilik tender kantin sekolah mereka sejak 2 tahun lalu.

“Korang nak makan apa?” Tanya Rin kepada Ida dan Fazila.

“Nasi Lemak Bungkus.” Jawab Ida dan Fazila serentak.

Adrina menghulurkan Rm 1.50 kepada Razman. Razman hanya mengambil RM1.00 . Dia berlalu dan kembali semula dengan 3 bungkus nasi lemak.

“Abang Man, lagi 50 sen ni?” soal Adrina.

“Simpan ler. Rin punya ader orang belanja.” Adrina terkial-kial. Fazila dan Ida menyambar nasi lemak di tangan Razman.

“Terima kasih yer abg Man.” Ucap Fazila dan Ida.

“Sama-sama. “ Balas Razman sambil tersenyum manis.

“Haa, jangan nak senyum-senyum. Sapa belanja nie?” Soal Adrina.

“Makan jerla dik, orang dah belanja. Jangan lupa baca bismillah.” Usik Razman lagi. Mereka menikmati nasi lemak dan menghirup air yang dibawa bekal dari rumah di bawah pondok kecil dihadapan kantin sekolah.

“Siapa agaknya jejaka yang belanja kau nasi lemak ni agaknya?” Usik Ida.

“Ish, tak ada maknanya. Abang Man tu saja menyakat aku tu. Dia yang belanja. “ Jawab Adrina yakin.

“Mana kau tau, entah-entah peminat kau yang belanja.” Fazila mencelah.

“Korang ni takde kerja lain agaknya. Gossip aje. Aku ni bukan macam Queen of the school, Zafira yang ramai sangat peminat tu.” balas Adrina selamba.

“Dia tu bukan queen of the school.. dia tu, Queen of crocodile…” balas Ida. Mereka bertiga ketawa berdekah-dekah.


****************************************************


Sudah semingu Adrina menerima sebungkus nasi lemak daun pisang di bawah mejanya setiap pagi. Setiap bungkusan nasi lemak itu disisipkan nota. Madah-madah kata yang begitu mencuit rasa. Setiap kata yang diberikan jika dicantum akan menjadi sebuah puisi yang indah. Entah, dia sendiri tak pasti. Puisikah ataupun lirik sebuah lagu. Dia tidak mahu terlalu ambil peduli kerana dia tidak mahu melayan rasa hati buat masa ini . Namun dia rimas kerana tidak tahu siapa pengirimnya. Dia bertanyakan kepada Razman tentang hal itu.


“Abang Man, siapa yang belanja Rin nasi lemak hari tu? Pengirim dia orang yang sama dengan pengirim misteri yang hari-hari hantar nasi lemak bawah meja Rin tu kan? ” Soal Adrina.

“Ha, sekarang baru nak percaya kata abang. Kan abang dah cakap, bukan abang yang belanja.” Usik Razman.

“Yelah, dah percaya la ni. Tapi siapa?” soal Adrina tidak sabar.

“Entah. Dah ada orang bagi duit suruh belikan untuk Rin. Abang sampaikan aje.”

“Siapa yang bagi?” Soal Rin lagi.

“Miza classmate abang tu. Tapi dia kata kawan punya kawan punya kawan yang suruh bagi. Abang malaslah nak tanya.” Terang Razman.

“Seram pulak Rin nak makan nasi lemak tu. Kang dijampinya apa-apa dekat Rin kang.” Balas Adrina.

“Ish Rin ni… ke situ pulak. Budak sekolah tak habis belajar, takkan pandai main jampi-jampi pulak. Baca doa banyak-banyak masa nak makan tu.” pesan Razman.

“Hehehe. Rin makan sekali jer. Yang lain, Rin bagi dekat budak-budak kelas Rin.” Balas Rin sambil tersengih.

“Kalau lah orang yang bagi tu tau Rin buat macam tu. Kecil hati dia nanti.” Razman tersengih.

“Siapa suruh bagi hari-hari. Memang ler nasi lemak tu favourite Rin, tapi hari-hari bagi, muak ler jugak. Bagilah coklat pulak.” Adrina mengusik Razman.

“Amboi, orang nak bagi lagi mau komplen. Bukan nak berterima kasih.” Balas Razman tersengih. Razman tahu Adrina hanya bergurau kerana Adrina tidak akan muak walaupun makan nasi lemak siang dan malam.


***************************************************


Adrina menongkatkan basikalnya. Dia menyandang beg sekolah yang dicapai dari raga basikalnya dan menuju ke pintu. Dia memberi salam. Terdengar sayup suara ibunya menjawab salam. Adrina tiba-tiba teringat untuk memeriksa peti suratnya. Dilihat sekeping envelop berwarna coklat muda bertulis urusan seri paduka baginda dialamatkan kepadanya. Hatinya berdebar-debar. Adakah ini tawaran yang dinantikannya selama ini? Jemarinya pantas mencapai sampul surat itu dan berlari-lari masuk ke dalam rumah. Dia menghempaskan punggung di kerusi rotan di dihadapan TV.


Tangannya ligat mengoyakkan sampul surat ini. Tergesa-gesa dia membaca baris demi baris ayat di surat rasmi itu. Syukur alhamdulillah. Desis hati kecilnya. Dia berjaya mendapat tawaran itu. Adrina berlari ke dapur mendapatkan ibunya. Dia menunjukkan sampul surat itu kepada ibunya sambil memberitahu ibunya bahawa dia ditawarkan ke sebuah sekolah berasrama di Ipoh. Ibunya mengucapkan rasa syukur. Adrina kemudian berlari-lari anak menuju ke rumah sebelah. Dia memberi salam dan meluru masuk. Razman sedang menonton TV dengan pakaian seragam sekolah masih membaluti badannya.


“Abang Man, Rin ada hal nak bagitau ni.”

“Lepas ni, abang dah tak ada lah kawan main perang-perang.”

“Main perang-perang? Dengan siapa?”

“Rin lah…”

“Kenapa pulak takde? Rin nak pergi mana?” soal Razman tidak mengerti.

“Rin dapat tawaran ke sekolah kat Ipoh tu.”

“ Ya allah, abang lupalah pulak. Rin dah dapat? Alhamdulillah. Rin nak pergi?”

“Mestilah Rin nak pergi. Rin nak tukar angin”

“Tukar angin ke nak bawak hati yang lara ? “

“Lara? Ada abang nampak Rin macam orang kecewa ke? “

“Takder la sangat. Tapi sikit la.” Usik Razman. Adrina hanya tersengih.

“Bila lapor diri?”

“ Insyaallah tiga minggu lagi.”

“Lama lagi tu. Sempat la buat preparation. Tinggallah abang seorang kat sini. Maklumlah, abang budak malas belajar. ” balas Razman.

“Jangan nak mengada. Abang dapat tawaran lagi baik dari Rin dulu kan. Abang yang taknak pergi.”

“Dulu abang tak sampai hati nak tinggalkan Rin tau. Ni, Rin pulak senang-senang nak tinggalkan abang.” Usik Razman.

“Jangan nak mengada lah abang Man. Abang tu yang nak berkepit bawah ketiak Mak Ana tu. Bukan Rin tak tahu. Dah tua-tua pun manja.” Usik Rin balik.

“Dengan siapa lagi nak bermanja? Dengan Rin? Tak payahlah ler, asyik kena buli jer.” Balas Razman.

“Aikk, Rin yang kaki buli ke, abang?” Balas Rin sambil menampar bahu Razman.

“Rin balik dululah. Perut Rin ni dah berdangdut ni, lapar.”

“Pergilah.. Tapi kan Rin, habislah meleleh air mata secret admirer Rin bila dapat tau Rin nak tukar sekolah.” Usik Razman.

“Dah lah abang Man, kalau dilayan abang ni lagi meleret cerita. Rin balik dulu. Assalamualaikum.”


Adrina membelek-belek sampul surat coklat itu. Dia nekad untuk terima tawaran itu. Ayah dan ibunya juga menyokong keputusannya. Memang dia sedih untuk berpisah dengan keluarga dan rakan-rakannya. Namun demi masa depan dan sebuah impian, dia terpaksa berkorban.


********************************************


Tawaran ke sekolah yang sama juga diterima oleh Rizal, Bad, Azuan, Taib, Jo dan Ira. Mereka masih belum membuat keputusan untuk menerima atau tidak.

“Ala Jai, jomlah pergi. Kesian aku sorang-sorang kat sana.” Pujuk Adrina.

“Mana pulak sorang Rin. Kan beribu orang ada kat sekolah tu.” balas Taib.

“Taib, Azuan, jomlah pergi yea. Nanti kalau ada orang buli aku kat sana sapa nak tolong?” Soal Adrina.

“Hahaha.. kau buat lawak apa Rin? Sapa yang berani nak buli kau ni? Kasar ngan ganas ya amat. “ Usik Rizal.

Ada hati takut kena buli ye? Aku ingat kau dah cukup ganas. Kau kan ex-girlfriend samseng kg dusun. Kau Watchaa jerla sape yang nak buli kau tu.” balas Azuan.

“Dahler, jangan nak mengata aku yer. Ganas-ganas aku pun, ganas-ganas manja tau. “ Balas Adrina.

“Uwekkk, nak muntah aku dengar.” Balas Taib sambil membuat gaya hendak termuntah.

“Ntahnye, muntah hijau biru dibuatnya.” Balas Rizal.

“Korang ni memang kejam. Malaslah nak layan.” Adrina pura-pura merajuk.

“Jangan merajuk cik kak oii. Tak comel nanti.” Azuan mengusik lagi.

“Aku comel ye?” balas Adrina.

“Ni yang aku malas nak layan budak senget ni.” Azuan membalas. Mereka semua terkekeh-kekeh melihat Adrina yang mencuka.

Rin tetap nekad, biarpun kawan-kawan yang menerima atau tidak akan tawaran itu, dia tetap ingin pergi.


************************************************


Adrina membelek-belek kalendar poket yang diselitkan di kotak pensilnya. Dia menghitung hari. Tinggal lebih kurang dua minggu dia akan meninggalkan sekolah ini. Bukan dia tak sayang dan bukan juga dia tak sedih berpisah dengan teman-teman yang sering menjadi tempatnya berbicara dan meluah rasa, namun ada cita-cita yang ingin digapainya. Ada impian yang ingin ditunaikannya. Dia harus tabah dan kuatkan hati demi memburu masa depannya.

Tiba-tiba dia teringat buku autograph kepunyaan Anis yang perlu dicoretkan sapatah dua kata sebagai tanda kenangan. Buku autograph miliknya juga sedang bertukar tangan. Moga persahabatan yang terlakar mesra di sekolah ini tidak akan berakhir di situ sahaja. Seminggu dua ini, ramai juga teman-teman yang lain berjaya mendapat tawaran ke sekolah-sekolah yang mereka pohon. Maknanya, mereka semua akan terpisah demi mengejar sebuah cita-cita. Dia redha dengan perpisahan ini.


Setelah mencoret serba sedikit di buku autograph Anis, Adrina memulangkan semula kepada Anis. Dia kemudian cuba menjejak buku Autographnya. Adrina kini maklum, bukunya kini sedang bertukar tangan antara teman-teman di dalam Badan Pengawas Sekolah.


Sedang dia duduk berbual-bual bersama Suzana di kerusi batu bersebelahan kantin, Azrul menghampirinya. Suzana bingkas bangun meninggalkan mereka berdua di dalam keriuhan pelajar-pelajar lain yang sedang menghabiskan sisa waktu rehat. Azrul menghulurkan sebuah buku. Buku yang amat dikenalinya. Buku Autograph miliknya. Bertalu-talu persoalan bermain difikirannya. ‘Kenapa ada pada Azrul?’ Adrina tidak pasti, namun tangannya menyambut huluran buku catatan itu. Dipegang kemas bukunya itu.


“Rin, nanti dah pergi jauh jangan lupakan kami semua di sini.” Pesan Azrul.

‘Aik, apasal elok pulak angin dia hari ni? demam ker apa?’ soal Adrina di dalam hatinya.

“Insyaallah, Rin tak lupa. Banyak kenangan Rin di sini, mana mungkin Rin lupa.” Balas Adrina.

“Jangan lupakan abang ye.” Ucap Azrul perlahan. Rin hanya diam membisu. Dia semakin hairan.

“Insyaallah.” Tidak lama kemudian, loceng menandakan tamatnya waktu rehat berbunyi. Adrina meminta diri dan berlalu meninggalkan Azrul yang masih setia di situ.

“Amboi-amboi, seronok nampak dating bawah pokok.” Usik Ida.

“Bila masa pulak aku dating? Tak pasal-pasal pulak kang main tarik rambut dengan Zafira tu. Kan Zafira tu syok dekat dia.” balas Adrina.

“Eleh, macamlah kitaorang ni rabun ayam. Aku tengok abang Azrul pandang kau macam ada makna jer ” Usik Ida.

“Korang ni bukan rabun ayam lagi, dah rabun itik nila.” Usik Adrina

“Nampak serius jer tadi. Kenapa?” Soal Fazila.

“Takder yang serius apa pun. Dia pulangkan buku ni.” Adrina menunjukkan buku catatan kenangan tersebut,

“Dia tulis tak dalam ni?” Soal Ida.

“Entah. Malas nak tanya.” Adrina acuh tidak acuh.

“Meh sini aku tengok.” Balas Fazila sambil merampas buku yang dikepit Adrina.

“Busy body betullah korang ni. Kepoci.” Ngomel Adrina.

“Aduhai Rin, nah ambik ni… tak sanggup aku nak baca” Fazila menghulurkan buku tersebut kepada Adrina.

“Kenapa Faz ? Bagi aku tengok pulak.” Ida merampas buku tersebut,

“Alamak, tangkap leleh la pulak. Habislah kau Rin.” Usik Ida.

“Kenapa?” Balas Adrina tidak mengerti. Dia mengambil buku catatannya di tangan Ida dan melihat pada catatan di muka surat itu.


‘Khas buat Adrina… Walau ke mana Rin melangkah, jangan sekali lupakan kami semua di sini…’

Kau Yang Satu…

Tanpa mu aku lah yang rindu
Tanpa dirimu hilanglah manjaku
Kasih mu adalah naluriku
Cintamu hanya di hatiku

Izinkan aku selami hatimu
Izinkan aku bisikkan cintaku
Janjiku pada kau yang satu
Diriku hanyalah untukmu

Engkau lah yang satu
Pujaaan hatiku
Sucinya cintaku padamu
Sayangku hanya kau yang satu
Kasih dan rinduku milikmu

Adrina menelan air liur. Tekaknya terasa berpasir.

“Rin, dah habis demam Fiona… demam Kau Yang Satu lah pulak…” Usik Fazila.

“Apa kebenda yang dia tulis ni?” Soal Adrina tidak mengerti.

“Lagu famous macam ni pun kau tahu ke Rin?” Soal Ida. Adrina hanya menjungkitkan bahunya.

“Aiseh, macam mana aku nak bagi orang lain tulis kat buku ni lagi? Segan lah macam nie. Tak pasal-pasal aku kena beli buku baru. Dah lah banyak lagi muka surat kosong ni. Buat rugi jer beli buku tebal- tebal.” Adrina berlagak tenang.

“Budak ini… Itu yang kau risaukan Rin? Pasal buku?” Soal Ida.

“Cik kak, buku tu boleh beli baru kan… ni, ayat jiwang mamat ni… Kau nak balas macam mana?” soal Fazila.

“Tak sangka, Harimau mengaum pandai pulak bermadah…” Usik Ida.

“Hehhee, tak sangka Harimau ganas dah jadi kucing manja…” Usik Fazila pula.

Ala, lagu ni bukan ada apa-apa makna. Dia takde idea nak tulis apa, dia pakai la lirik lagu.” Adrina cuba menyembunyikan kenyataan.

“Oii, mek… kalau tak ada apa-apa, baik dia tulis lirik lagu rasa sayang ker.. negaraku ker… lagu sekolah ker… lagu negeri Perak ker… kan banyak lagi lagu yang ada…” balas Ida.

“Mana aku tau. Dah dia suka lagu tu, nak buat macam mana. Suka hati dia lah…” jawab Adrina tak mahu kalah.

“Malas aku nak cakap dengan orang tak reti bahasa ni. Nak kata tak pernah bercinta, dah bersepah-sepah pakwe dia ada.” Balas Ida lagi.

“Oit, mana ada bersepah2.. Bekas pakwe baru dua. Secret admirer ader la bersepah..” Balas Adrina geram.

“Eh, korang diam ler kejap… aku macam pernah nampak la lirik lagu ni. Dekat mana ye?” soal Fazila.

“Entah… kalau dah lagu popular, dalam majalah URTV lah kot. Tak pun majalah Mangga.” Balas Adrina.

“Rinnn… aku dah ingat.” Balas Fazila seakan menjerit.

“Apa? Macam lah tak pernah tengok lirik lagu ni. Kan bersepah-sepah boleh dapat.” Balas Adrina masih tidak mengerti.

“Nasi lemak kau…” balas Fazila.

“Kenapa dengan nasi lemak aku?” Soal Adrina tidak mengerti.


Tiba-tiba Adrina teringatkan nota-nota yang diselitkan di bungkusan nasi lemak yang diterimanya tidak lama dulu. Di bacanya kembali bait-bait lirik yang dicatatkan di buku autograph itu. Adrina ternganga. Fazila dan Ida juga turut ternganga.


****************************************************


Sepuluh tahun telah berlalu.

“Ibu, bolehlah ibu.” Pujuk Adrina.

“Rin, tak pernah dibuat dek orang tau.” Balas Ibunya geram.

“Mana ibu tau? Entah-entah dah ramai yang buat macam tu.”

“Ibu kata tak mau, tak maulah.” Pn. Harini menyinga.

“Ibu ni, tak kesian ker dekat kami berdua?” soal Adrina.

“Rin, dalam banyak-banyak makanan, kenapa pulak nasi lemak yang nak dihidangkan masa kenduri akad nikah kamu?” soal Pn. Harini.

Ada la… ” Balas Adrina tersengih.

“Boleh ye bu. Itu untuk masa akad nikah malam tu aja. Esoknya masa kenduri besar, masak lah lauk kenduri macam biasa. ” Adrina memujuk ibunya lagi. Pn. Harini diam membisu.

“Ibu, kita bukan buat nasi lemak biasa aje. Kita buatlah sekali lauk pauk dia.” Cadang Adrina.

“Yelah Harini, nasi lemak tu kan boleh digandingkan dengan ayam goreng berempah, rendang kerang atau rendang ayam, sambal udang atau sambal sotong. Kan sedap juga.” Mak Ana turut menyokong.

“Ishh, kamu berdua ni. Macam-macam. Ikut suka kamulah. ” Balas Pn. Harini yang akhirnya mengalah.


******************************************************


Majlis akad nikah telah selamat disempurnakan. Adrina tersenyum apabila dahinya dikucup oleh suaminya. Kerlipan lampu flash dari kamera memeriahkan suasana. Mereka kemudiannya menikmati nasi lemak berserta lauk-pauk yang menjadi simbolik permulaan hubungan mereka.

“Rin, terima kasih sebab sudi terima abang.” Azrul tersenyum penuh makna.

“Rin pun nak ucap terima kasih sebab selama sepuluh tahun ni, abang sanggup tunggu dan bersabar dengan kerenah Rin.” Balas Adrina. Azrul hanya menganguk dan tersenyum.

“Tapi kan bang, Rin nak mintak maaf pasal satu hal..” Adrina pula bersuara.

“Mintak maaf kenapa?” soal Azrul tidak mengerti.

“Abang ingat tak dulu, masa abg form 5. Ada satu hari tu kan, Abang kena balik rumah tolak basikal? Sebab tayar basikal abang pancit depan belakang. ” Soal Adrina.

“Ingat. Kenapa?” Soal Azrul.

“Rin yang buang angin tayar basikal abang.” Balas Adrina sambil tersengih.

“Tapi kenapa? Sebab cemburukan Zafira sukakan abang ye? ” Azrul mengusik.

“Kalau setakat Zafira tu, tak kuasa nak cemburu. Dia tu QOC. Mana boleh tahan lama dengan sesiapa.” Balas Adrina.

“QOC tu apa?” Soal Azrul tidak mengerti.

“Queen Of Crocodile.” Balas Adrina. Mereka berdua tertawa.

“Rin bengang dengan abang sebab abang suka sakitkan hati Rin. Asal jumpa Rin aje, ada jer yang tak kena.” Balas Adrina.

Ala, itu kan usik-usik manja.” Balas Azrul sambil tergelak kecil mengingat cerita lama. Adrina turut tersengih.

“Lagi satu, Rin paling bengang sebab abang langgar lopak air sampai Rin tertelan air lopak.” jelas Adrina.

“Mana ada..” balas Azrul.

Cuba abang ingat betul-betul.”

“Betul, tak ada.” Azrul bersuara yakin.

“Masa last day sekolah, masa abang form 4. Rin form 3. Tengah hari masa balik sekolah tu. ” Adrina mengingatkan Azrul.

“Kejap.. abang cuba ingat.” Balas Azrul sambil megerutkan dahi. Tiba-tiba dia teringat.

“Rin, hari last tu abang balik lambat dari sekolah. Dah dekat pukul 3 petang baru abang balik. Abang ingat lagi. Abang tolong Fauzan betulkan motosikal dia dekat sekolah. Tiba-tiba motosikal dia tak boleh start. Tapi…”

“Tapi apa?” soal Adrina.

“Tengah hari tu, Fauzan ada pinjam basikal abang nak pergi beli spark plug dekat deretan kedai taman tu.” Jelas Adrina.

“Abis tu, yang langgar lopak air sampai Rin tertelan tu, Fauzan lah ye. Mati-mati Rin ingatkan abang.” Balas Adrina. Dia mula tersedar kekhilafan diri. Susuk tubuh Fauzan dan Azrul tidak jauh beza. Mereka berdua sama-sama berbadan tegap dan pengawas sekolah. Adrina hanya tersengih mengingat kisah lalu. Azrul turut ketawa kecil.

“Tak baik tau main serkap jarang aje. Habis tu dendam giler la dengan abang ye?” soal Azrul sambil tersengih.

“Rin panggil abang ketua mawas tak ada sivik .” Usik Adrina. Azrul ketawa mengekek-ngekek .

“Tapi kan Rin, abang nak tanya satu soalan.” Azrul bersuara. Raut mukanya tampak serius.

“Soalan apa?”. Soal Adrina sambil mengerutkan dahinya.

“Sedap tak rasa air lopak tu ? Mana sedap? Teh ni ke, air lopak tu ?” Azrul bertanya sambil tersengih.

“Abanggg…” Jerit Adrina geram sambil menampar manja suaminya.

“Hoi, kalau nak bercengkarama kejap nantilah. Aku taulah korang ni seronok sangat dapat makan nasi lemak pada hari yang penuh sejarah ni kan.” Usik Razman.

“Man, kau ni kacau daun betul.” Balas Azrul.

“Ah, takkan lari kemana Rin tu. Kalau tak kerana dek misi nasi lemak yang aku cadangkan tu, tak kemana kisah cinta korang nie.” Usik Razman.

“Ohooo… subahat jugak ye. Dulu Rin tanya, mati-mati taknak mengaku. Kawan punya kawan punya kawan konon. Memang abang Man ni nak kena sekeh.” Usik Adrina. Mereka bertiga ketawa. Tiba-tiba Fazila yang sedang mendukung bayi perempuan menghampiri mereka.

“Haa, kau Faz… subahat sama dengan diaorang jugak ye?” soal Adrina lagi. Fazila hanya tersenyum.

“Aku nak tengok korang bahagia aje.” Usik Fazila.

“Masa dok subahat tu lah kau dok main cinta dengan abang Man ye.” Usik Adrina pula.


Mereka sama-sama tertawa. Akhirnya mission Nasi Lemak With Love, accomplished.


Nasi Lemak With Love Part 1...


Cuaca agak mendung hari ini setelah hujan lebat membasahi bumi malam tadi. Air lopak bertakung di merata-rata. Hari ini hari terakhir persekolahan bagi tahun ini. Semua pelajar kelihatan gembira kecuali bagi pelajar form 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi. Bagi pelajar form 3 seperti Nurin Adrina, hari ini hari yang sangat bahagia kerana tahun peperiksaan awam telah berlalu. Tahun depan akan jadi honeymoon year. Yehaa..


Loceng persekolahan yang terakhir bagi tahun itu berbunyi. Semua pelajar bersorak gembira. Taib, Rizal, Zul, Faizul dan Azuan melambung-lambungkan beg sekolah yang kosong tanda kegembiraan. Yang lain hanya tersengih melihat gelagat 5 sahabat itu.


“Amboi.. amboi.. bukan kemain seronok korang ye. Nak buat apa cuti sekolah nanti?” Soal Adrina.

“Adalah. Mana boleh bagitau korang. Korang tu perempuan, ni projek orang lelaki..” Balas Taib memerli.

“Rahsia sangatlah tu.. Macamlah aku tak tau, korang tu sekarang ni dok gila memancing. Pancing ikan takpe.. jangan pulak korang pergi pancing Azura anak Pakcik Yusof yang rumah tepi lombong tu.” Usik Ida.

“Hahaha.. macam tau-tau aje.. ala, sambil menyelam apa salahnya minum air. Kau jealous ke kalau aku mengorat Azura tu? ” Usik Zul.

“Tak kuasa aku nak jealous. Kau tu, apa yang ada? Muka tak hensem, harta pun basikal tua cabuk tu aje. “ Usik Ida .

“Biarpun aku tak berharta dan tak berapa nak hensem, tapi manis senyuman aku tetap ada.” Balas Zul lagi tak mahu kalah. Ida buat-buat gaya nak termuntah. Yang lain, turut tergelak sama.

“Ha, kau tu Taib, lebih baik kau pergi tolong atuk kau gulung tikar dengan karpet dekat masjid tu. Dapat juga pahala tau.” Fazila menyakat Taib. Taib menjegilkan biji matanya.

“Okeyla guys, aku gerak dulu. Anyway, happy holiday. Jaga diri elok-elok. Jangan nanti, naik sekolah, ada pulak yang patah riuk sana sini.” Balas Adrina.

“Yelah… pergilah cepat .. aku tau kau tu dah tak sabar nak pergi jumpa pakwe kau yang ganas tu..” Balas Faizul sambil menceberkan bibirnya dan buat muka.

“Dahlah.. Malas aku nak layan korang. Ida, Faz, petang nanti pukul 5.30, aku datang rumah korang . Kita lepak tempat biasa yer. Assalamualaikum..” Adrina meminta diri dan bergegas menuju ke tempat letak basikal. Kalau dia lewat nanti, pasti cair tahi telinganya mendengar leteran Zack.


*********************************************


Tempat letak basikal beransur lengang. Semua pelajar kelihatan sangat gembira menyorong basikal keluar dari pintu pagar sekolah. Adrina mengeluh kecil kerana dilihatnya kelibat Zack yang sudah duduk di bahagian pembonceng basikalnya. Pasti dia kena bebel kejap lagi.


“Assalamualaikum” Adrina bersuara.

“Waalaikumsalam..” Balas Zack.

“Sory, lambat sikit.. “ Adrina cuba berbahasa.

“Kenapa lambat? Jumpa siapa pulak kali ni?” Soal Zack geram.

“Jumpa siapa pulak? Keluar kelas terus datang sini la..” Terang Adrina

“Ooo, dok bersandiwara dengan bebudak jantan dalam kelas tu la yer. Sebab tu lambat ” Balas Zack tidak senang.

“Eh, mana ada.. Ramai lagi yang ada dalam kelas tu. Budak perempuan pun ada jugak lagi dalam kelas tu . Apa hal nak marah-marah nie?. Kalau nak marah-marah tak tentu pasal ni, baik Rin balik dulu” Balas Adrina tak puas hati sambil tangannya membuka kunci basikal.

“Nanti dulu! Zack dengar Rin ada jumpa Fazli masa rehat tadi. Buat apa?” Soal Zack.

“Reporter mana pulak yang bagitau ni?” Balas Adrina jengkel.

“Tak payah la nak tahu siapa yang bagitau.. Sekolah ni pun bukan besar sangat. Sedangkan satu pekan ni pun, Zack boleh tahu mana ceruk yang Rin pergi.. Inikan pulak sekolah ni. Buat apa jumpa dia? ” Balas Zack angkuh.

“Tak ada buat apa lah. Saja. Hari ni last sekolah. Rin jumpa dia, nak wish good luck for SPM. ” Terang Adrina acuh tidak acuh.

“Tapi kenapa Rin tak bagitau Zack dulu. Ini, Zack dengar dari mulut orang lain.” getus Zack.

“Takkan semua benda Rin nak kena report dekat awak? ” Adrina mula tidak senang.

“Of Course. You’re my girl ok..” Suara Zack mula meninggi dan Adrina mula hilang sabar.

“Zack, enough Ok. Rin rimas tau. Awak ni suka sangat mengongkong.” Balas Adrina dengan suara yang kian meninggi.

“Ooooh, dah pandai melawan yer sekarang?” herdik Zack .

“Rin bukan melawan. Tapi Rin cakap benda betul. Kalau Rin cakap macam ini, awak putar belit cerita macam lain pulak. Rin dah tak tau nak cakap apa lagi. Apa yang Rin cakap semua tak nak percaya. Semuanya tak betul. ” Adrina meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Bukan baru sekali ini Zack mengherdiknya. Sudah acap kali. Dia sudah muak.

“Oooh, dah terbukti buat salah pandai pulak nak tukar topik. ” Zack memerli.

“Buat salah apanya Zack? Rin pergi jumpa senior-senior pengakap untuk wish good luck pun salah ke?” Hati Adrina makin panas dan dia benar-benar sudah tidak tahan lagi.

“Tapi, kenapa jumpa Fazli seorang? Yang lain tak pergi jumpa pun.” Soal Zack masih tidak puas hati .

“Kakak-kakak dengan abang-abang yang lain tu, Rin dah jumpa semalam. Reporter awak tak bagitau ke?” Balas Adrina kasar.

“Yang lain, dah jumpa semalam ye? So, kalo jumpa yang last ni, mesti ‘special’ sikit kan ?” Soal Zack lagi. Api kemarahan Adrina mula semakin membara dan kali ini dia benar-benar hilang sabar. ‘Apa nak jadi, jadi lah.’ Desis hatinya.

“Arghh.. sudahlah Zack. Tak payahlah Rin nak terangkan semuanya. I don’t think you deserve it. Dah puas Rin bersabar dengan kerenah awak, Zack. Semua benda awak nak kawal.” Balas Adrina geram.

“Habis tu, apa yang Rin nak buat apa? ” Soal Zack dengan angkuhnya. Adrina menarik nafas panjang dan mengumpul seluruh kekuatannya dan akhirnya.

“Kita putus. Cukup sampai sini sahaja hubungan kita. Titik. Rin nak teruskan hidup Rin, and you should too..” Balas Adrina puas.

“Tapi Rin.. Zack…” Zack tergumam. Zack tidak menyangka Adrina senekad itu. Sebelum inipun Adrina telah cuba memutuskan perhubungan mereka beberapa kali. Namun dia berjaya mengawal keputusan Adrina. Dia yakin kali ini pun, keputusan Adrina tidak akan lama.

“Okeyla, kalau takde apa-apa lagi, Rin nak balik dulu.. Assalamualaikum.” Balas Adrina sambil menolak basikalnya dan berlalu meninggalkan Zack yang terpinga-pinga.

“Rin! Rin! Janganlah macam ni, Zack mintak maaf okey..” Zack cuba merayu. Adrina terus berlalu tanpa memperdulikan laungan Zack yang semakin sayup kedengaran. Zack menumbuk tiang kayu tempat letak basikal itu sekuat hati untuk melepaskan geram.

‘Aku mesti nekad kali ini. Life must go on’ Desis hati Adrina.


Bukan baru sekali Adrina cuba memutuskan perhubungan dengan Zack, sudah banyak kali. Namun perpisahan itu tak pernah lama. Zack seorang yang panas baran dan sering hilang pertimbangan. Dia sering mengugut untuk mencederakan dirinya sekiranya Adrina meninggalkannya. Pernah sekali, dia sengaja menunggang motosikal secara berbahaya dan terlibat dalam kemalangan. Akhirnya Adrina tidak sampai hati, dan menerimanya kembali. Dia tak mahu dikatakan menjadi punca kepada insiden itu. Namun kini kesabarannya sudah sampai ke penghujung.


Apa nak jadi selepas ini, Adrina hanya mampu berdoa dan berserah pada takdir. Kalau zack nak buat apa-apapun kali ini, dia tak akan peduli lagi. Zack dah besar panjang dan sepatutnya dia boleh fikir baik dan buruk. Dah macam-macam nasihat dan teguran dia pernah bagi. Terpulang pada dia nak pilih cara hidupnya sendiri. Entah macam mana dia boleh terjebak dengan cinta Zack pada awalnya, dia sendiri sudah tidak pasti.


Gara-gara cemburu buta, reporter-reporter bergerak Zack ada di mana-mana. Kalau Zack tahu, Adrina ke mana-mana ataupun melakukan apa-apa tanpa memberitahunya, siaplah. Pasti panas telinga Adrina dileteri dan diherdiknya. Itulah yang paling dibencinya. Hidup bagai dalam penjara tanpa jeriji besi. Rimas kerana pergerakannya sering diperhatikan dan dikawal oleh orang lain. Tapi, apa yang penting, hatinya lega kini kerana beban yang digalas setahun ini dapat ditanggalkan dari bahunya.


‘Semoga kau bahagia Zack dengan cara hidup yang kau pilih. Aku dah berusaha membimbingmu, namun aku gagal dan tak terdaya lagi . Semoga kau akan jumpa pengganti yang lebih baik dariku.’ Dan berita baik ini, bagai dah tak sabar ingin disampaikan kepada dua orang sahabat karibnya itu.


*********************************************


Adrina mengayuh laju basikal berwarna unggu itu . Cuaca masih lagi mendung tapi entah mengapa hatinya terasa begitu terang dan cerah. Secerah mentari pagi. Adrina menyanyi-nyanyi kecil. Sedang dia asyik mengayuh basikal itu, tiba-tiba dia rasakan kayuhannya seakan tersekat dan dia mendengar bunyi rantai basikalnya terjatuh.

‘Aduh, kenapa jatuh masa ni pulak? Dah sampai rumah nanti nak jatuh, jatuhlah’ getus Adrina. Jauh lagi ni nak sampai rumah. Dia kemudian, memberhentikan basikalnya dan menongkat basikal di tepi jalan. Dia menyeluk poketnya mencari tisu.

‘Alamak, dah habislah pulak.’ Dia mengambil plastik tisu yang sudah kosong itu dan menggunakannya sebagai lapik untuknya memegang rantai basikal yang hitam dan berminyak itu. Dia cuba meletakkan rantai basikal yang terjatuh ke tempat asalnya. Sedang dia terbongkok-bongkok dan bersusah payah membetulkan rantai basikal itu, tiba-tiba…

“Splashhhhhhhh….” Air lopak berwarna keladak seperti teh susu itu membasahi muka dan pakaian seragam birunya. Dan, cecair keladak itu terus sahaja masuk ke rongga hidung dan kerongkongnya.

“Uweksss. “ Adrina hampir termuntah. Diludahnya cecair putih berkeladak dan berpasir dari mulutnya. Dan mengelap mulutnya dengan lengan baju sekolahnya.

“Woitt..” Jerit Adrina.


Dia menoleh mencari siapa yang melanggar lopak air tersebut. Tidak jauh dari situ dia ternampak penunggang basikal yang juga berseragam biru sepertinya menunggang laju mountain bike berwarna biru hitam. Adrina masih terkial-kial dek tertelan air lopak berkeladak di tepi jalan yang tidak berturap itu. Tidak dapat dilihat wajah penunggang basikal itu, hanya sesusuk tubuh dari belakang dan basikalnya dapat dilihat oleh Adrina.


‘Mangkuk hayun mana lah tuan punya basikal biru hitam tu. Harap nama je pengawas. Tapi perangai macam mawas. Kalau tak nak tolong pun, mintak lah maaf . Tak pasal-pasal mood aku yang cerah ni jadi jerubu. Kalau aku jumpa tuan punya basikal tu nanti, tahu lah apa aku nak ajar.’ Getus Adrina.


********************************************


Telefon di rumahnya tak henti-henti berdering petang itu. Naik rimas dibuatnya.

“Siapa yang tak henti-henti telefon tu?” Soal ibunya.

“Entahlah bu, orang gila agaknya.” Adrina acuh tidak acuh.

“Rin, cakap betul2. Siapa yang telefon tu?” Soal Pn. Harini lagi.

“Zack. Rin dah putus dengan dia.” Terang Adrina ringkas.

“Tu yang dia tak henti2 telefon Rin tu?” Soal Ibunya seakan mengerti.

“Naik rimas Rin. Bu, Rin nak pergi makan ais kacang ngan laksa dengan budak dua orang tu sekejap. Kalau ibu malas nak angkat telefon tu, ibu cabut jer wayar dia tau.. senang cerita” Balas Adrina.

Ibunya hanya menggeleng kepala melihat telatah anak sulungnya. Setelah menyalami ibunya, Adrina terus mencapai beg duit dan menuju ke rumah Fazila dan Ida dan seterusnya ke destinasi mereka. Warung ABC Mak Jah.

“Serius ke kali ni kau clash dengan dia?” Soal Ida.

“Serius lah.. kenapa pulak?” Soal Adrina

“Yelah, sebelum ni pun kau kata dah clash, tapi alik-alik sambung balik..” Usik Fazila.

“Kali ni aku dah nekad dah.” Balas Adrina yakin

“Kau tak takut dia buat apa-apa ke?” Tanya Ida sambil mengerut dahinya.

“Dia nak terjun bangunan kali ni pun, aku dah tak kisah.” Balas Adrina yakin.

“Macam confident jer kali nie.. kalau dia buat benda tak elok dekat kau macam mana?” Fazila risau.

“Tu, kau jangan risau. Senakal-nakal budak Zack tu, insyaallah, aku tau dia takkan apa-apakan aku. Dia takkan buat macamtu. Paling banyak pun dia akan sakitkan diri dia jer. “ Balas Adrina yakin. Dia kenal sangat perangai Zack.

“Tapi kau tak risaukan dia ke?” soal Ida lagi.

“Actually, aku risau jugak. Tapi, aku hanya mampu berdoa dia takkan buat apa-apa benda yang tak elok. Aku betul-betul dah tak sanggup nak bertahan dengan perangai dia.” Balas Adrina lagi.

“Yelah, lagipun kau dah banyak makan hati dengan perangai dia dan ikut telunjuk dia. Kau bersama dengan dia pun bukan sebab sayang. Dah macam terpaksa lah pulak. ” Sokong Fazila.

“Betullah, dah tiba masanya kau cari kebahagiaan diri sendiri. Dah lama sangat kau asyik fikirkan hidup orang lain sampai korbankan perasaan sendiri.” Ida bersetuju.

“Kalau dikenangkan balik, macam mana lah kau boleh terjebak dengan cinta si Zack yang kasanova lagi samseng tu kan. Sedangkan berbaris budak lelaki lain yang syok dekat kau tu ” Usik Fazila.

“Entahlah.. aku pun dah lupa macammana aku boleh hilang kewarasan waktu tu.. Tapi at least lepas couple ngan aku, dia dah tak jadi buaya.” Adrina tersengih.

“Memang cari nahas lah kan kalau dah dapat ‘tangkap’ awek pujaan ramai kat sekolah tu, masih lagi nak jadi buaya . Ape nama glamer kau yang Abang Azri bagi tu? Fiona kan? ” Usik Ida sambil tertawa.

“Wehh.. Fiona, Fiona jangan sebut.. sensitif tau.” Balas Adrina sambil tersengih.

“Cakap bab Fiona ni, kalau kau couple ngan Abang Azri dulu, sure kau tak jadi macam nie. Mesti dia layan kau sampai kau rasa berada di awang-awangan sepanjang masa. Tak adalah makan hati aje ” Usik Fazila.

“Azri? Aisehh... dia tu jiwang sangat la. naik meremang bulu roma aku. Tapi, dia tu bukan tak baik budaknya, tapi aku ni yang tak pandai nak tangkap leleh lebih-lebih ni. Naik mabuk aku dibuatnya. ” Balas Adrina sambil tertawa.

“Best ape, ada pakwe yang bleh buat live concert… khas untuk kau.. romantik apa..” Usik Ida.


‘Fiona..’

‘Terciptalah irama cinta ini hanya untukmu…’

‘Semoga kau dapat memahami, perasaan hatiku ini…’


Ida dan Fazila mendendangkan lagu Fiona walaupun dengan penuh sumbang.

“Udah- udahlah tu.. nanti hilang pulak selera aku nak makan nie.” Balas Adrina geram.

“Korang, tengah hari masa nak balik tadi ada insiden yang menyakitkan hati aku tau. ” Adrina bercerita.

“Kenapa?” soal Fazila ingin mengetahui lebih lanjut.

“Rantai basikal aku jatuh. Aku pun berhentikanlah basikal tu dekat tepi jalan tanah merah tu. Lepas tu…..” Adrina pun menceritakannya kejadian yang memanaskan hatinya di tengah hari yang mendung. Ida dan Fazila ketawa.

“Korang ni bukannya nak kesiankan aku, ketawakan aku lagi ada.” Balas Adrina tidak puas hati.

“Macam mana aku tak ketawa. Dah memang kelakar. Macammana rasa air lopak tu? sesedap ais kacang ni tak?” usik, Ida. Mereka semua tertawa. Adrina turut tersengih.


Jauh di sudut hatinya, Adrina berharap mampu mempertahankan keputusannya kali ini. Dia tidak akan menoleh kebelakang lagi. Dia jua berhak memilih jalan hidupnya sendiri. ‘Semoga ada sinar bahagia yang menantinya esok hari’ Bisik hati kecilnya.


***************************************


Persekolahan sesi baru telah bermula. Tahun ni mereka berada di tingkatan 4. Pada pandangan sesetengah pelajar, tahun ini merupakan tahun untuk honeymoon selepas bertungkus lumus berperang dengan peperiksaan besar tahun lepas. Keputusannya pun sudah keluar. Mereka bertiga bersyukur kerana keputusan yang diperolehi juga tidak mengecewakan, malah boleh dibanggakan. Masing-masing yang berkelayakan sedang menanti tawaran-tawaran dari sekolah lain bagi meneruskan pengajian mereka. Ada yang memohon ke sekolah berasrama penuh. Tak kurang juga yang memohon ke MRSM, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional. Ada juga yang selesa kekal di sekolah lama walaupun keputusan yang diperolehi tidak lama dahulu amat membanggakan. Bergantung kepada cita-cita, impian, keperluan dan minat masing-masing


Adrina, Ida dan Fazila menyusuri gajah menyusur bangunan B menuju ke kantin sekolah. Atin mengeluarkan tisu daripada beg galasnya dan mengelap peluh yang meleleh di pipi dah lehernya.


“Penat betul latihan kawad arini. Entah berapa kali kita berkawad pusing satu sekolah. Kau tak penat Rin?” Soal Ida.

“Boleh tahan jugak penat arini. Abang Nad tu gila kuasa. Minggu ni mentang-mentang lah minggu pertama dia jadi ketua. Tu yang seronok jer gayanya dok bagi command kita pusing satu sekolah. “ Balas Adrina.

“Nasib baik dia tak suruh kita kawad kat luar jalan sana sampai Sekolah Tamil kat sebelah tu” Balas Ida lagi.

“Melampau la kau ni punya imaginasi Ida”. Balas Adrina. Mereka semua tergelak kecil.

“PBSM buat aktiviti apa hati ini Faz ?” Soal Ida.

Ala, macam biasa ler. Mula- mula tu ada kawad sikit. Lepas tu ada praktis balutan anduh.” Jelas Fazila

“CPR tak buat ker?” Usik Ida.

“Amboi, kau kalau bab CPR ni laju jer kan. Merenyam betul anak dara sorang ni.” gumam Fazila.

“Hehehehe... Buat CPR ngan anak patung apa yang merenyamnya?” Soal Ida.

“Elok apa buat dengan anak patung. Kalau buat ngan orang betul tak ke naya? Kang entah-entah dia baru lepas makan petai ke, jering ke, geduak ke, baru padan muka kau” Usik Adrina.

“Kahkahkahkah. Bengong betul la kepala otak korang ni.” balas Fazila.

Adrina, Ida dan Fazila berjalan lambat menuju ke tempat letak basikal. Sedang asyik berbual, tiba-tiba Adrina terpandang basikal mountain bike biru berbelang hitam itu yang dicarinya sekian lama. ‘Ohooo, kat sini rupanya basikal ni. Puas aku cari .’ Desis hatinya. Tiba-tiba hatinya panas membara teringatkan insiden beberapa bulan lalu.

“Korang, tau tak basikal ni siapa punya?” Soal Adrina sambil menepuk-nepuk tempat duduk basikal mountain bike biru hitam itu.

“Entah, tak perasan lah pulak.” Balas Fazila.

“Kenapa? kau suka kat tuan punya basikal ni ye?” Soal Ida.

“Suka apanya. Kalau aku jumpa la, siapa punya basikal ni, taulah nasib dia.. Aku lepuk kepala dia. ” Adrina mula geram.

“Aik, lain macam jer bunyi nya? kenapa pulak ni? “ Soal Fazila.

“Kau ingat tak mawas takder sivik yang langgar lopak air sampai aku tertelan air lopak tu dulu?” soal Adrina. Mereka berdua mengangguk.

“Dia punya ke?” soal Fazila. Adrina angguk.

“Kau yakin ke? ” Ida bersuara.

“Memang ini ler basikal tu, aku ingat lagi. Aku pasti sangat sebab spesis dan warna tu. ” terang Adrina.

“Habis tu, nak tunggu tuan punya datang ke?” soal Fazila lagi.

“Lain, kali lah. Aku dah letih lah. Tapi, paling kurang aku tahu mawas tu wujud lagi dekat sekolah ni. Next time kita tengok, siapakah gerangan jejaka yang nak kena watchaa dengan aku tu. ” balas Adrina.


****************************************


Adrina menyusun kerusi di tapak perhimpunan bersama teman-temannya. Tiba-tiba Azrul, ketua pengawas memanggilnya.


“Rin, kaset lagu Negaraku yang nak nyanyi kejap lagi dah set balik ke?” Soal Azrul.

“Emmm, rasa tadi Dayang dah setkan.” Balas Adrina kurang pasti.

“Mana boleh main rasa-rasa aje. Pergi check balik. ” herdik Azrul. Adrina berjalan menuju ke bilik pengawas dengan muka yang mencuka.

Ala, kalau iya pun, tak payah lah nak tengking-tengking. Macam Harimau. ” Adrina bersuara perlahan.

“Apa dia?” Soal Azrul.

“Tak ada apa-apa.” Jawab Adrina laju sambil mempercepatkan langkahnya menuju ke bilik pengawas. Takut dibaham dek Harimau tak berbelang itu.


****************************************************


Adrina sedang leka menonton televisyen siri telenovela kegemarannya bersama ibunya. Tiba-tiba telefon rumahnya berbunyi.

“Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam.”

“Rin, abang Man ni.”

“Emmm, kacau la abang ni. Orang tengah syok tengok TV ni. Nak apa?”

“Pinjam buku teks Add Maths dengan geometri set.”

Ala, abang Man ni. Kejap lagi lah. Rin tengah syok tengok TV ni. Mana pergi buku dengan geometri set abang?”

“Abang tertinggal kat sekolah.”

“Abang datang ambik sendiri lah ye. Rin malas nak hantar.”

“Ala Rin, tolonglah hantar. Abang tengah buat kerja ni. Tolonglah Rin, Rin bukan buat apa. Rin sibuk tengok TV cerita tak berfaedah tu jer.”

“Amboi-amboi, dah ler nak mintak tolong orang. Mengata orang pulak. Rin nak Aiskrim 2 batang tau. Balas Adrina sambil meletakkan telefon.” Adrina menghampiri meja tulisnya. Dia mencapai buku teks Add Maths dan Goemetri Setnya dan meluru ke pintu.

“Nak kemana tu Rin?” Soal Pn Harini.

“Rin nak hantar ni kejap kat abang Man. Geram betul Rin, kacau daun jer orang nak tengok TV.”


Adrina menyarung selipar jepunnya sambil meluru ke pagar dan berlari-lari anak ke rumah Mak Ana.

“Assalamualaikum”. Adrina memberi salam di muka pintu. Selepas salamnya di sahut. Dia menanggalkan seliparnya dan meluru masuk. Makciknya yang dipanggil Mak Ana pun sedang menonton telenovela bersama Intan adik bongsu Razman yang berusia 7 tahun.

“Mak Ana, abang Razman mana?”

“Kat bilik dia lah” balas Mak Ana. Adrina terus meluru ke dapur dan membuka pati ais.

“Abang Man, Rin ambik Aiskrim bubur kacang dengan askrim asam masin tau. Nanti abang bayar kat mak Ana ye.” teriak Adrina.


Walaupun mereka sepupu namun, mereka berdua dah macam adik beradik. Memandangkan Adrina tidak mempunyai abang atau kakak, Razman dah jadi seperti abangnya. Sejak kecil Razman sering menjaga dan melindunginya.


Selepas mencapai dua batang askrim, Adrina terus menggigit di hujung aiskrim Malaysia perisa bubur kacang itu dan menyedut airnya. Terasa sejuk dan nyaman tekaknya dibasahi aiskrim itu. Sambil menyedut Aiskrim, dia menuju ke bilik Razman. Pintu bilik Rahman dilihatnya separuh terkuak. Dari luar, Adrina menghempaskan buku teks Matematik Tambahan dan geometri setnya ke atas meja belajar Rahman di tepi pintu.


“Nah, ambik. Lain kali jangan nak menyusahkan orang.”

“Amboi-amboi anak dara tak sopan betul. Tiba-tiba je main sergah. Bagi la salam dulu.” Balas Rahman dari dalam.

“Orang dah bagi salam tadi, siapa suruh tak dengar.” Balas Adrina. Rahman menguak pintu biliknya sampai habis.

“Ooo, upah dah ambik pun bising lagi.” Sambil menjeling ke arah aiskrim Malaysia yang sedang disedut Adrina.

Ala, upah dua posen pun nak bising abang Man ni. Kedekut taik hidung masin .”

“Dua posen tu, kalau tambah lagi seposen, dah boleh beli air gas cap bunga ros tu tau.” Adrina ingin membalas kata-kata Rahman tapi tiba-tiba matanya terpandang pada sesusuk tubuh lelaki yang sedang leka menulis. Lelaki tersebut memalingkan mukanya ke arah Adrina. Mata mereka bertentang dan mulut Adrina terkunci. Dia menoleh ke arah lain dan terus berlalu tanpa berkata sepatah pun.


“Rin, marilah tengok TV dengan mak Ana.” Pelawa Makcik Ana.

“Takpelah, mak Ana. Lain kali ye. Rin ada kerja sikit. Err, aiskrim ni nanti Mak Ana suruh abang Man bayar tau. Dia belanja Rin.”

Ala, Rin ni. Tu pun nak berkira. Kalo Rin nak, sepuluh batang pun Mak Ana tak kisah. Ambik jerla Rin”

“Eh, tak boleh Mak Ana. Ni abang Man dah janji nak bayar. Biar dia bayar. Kalau tak nanti, Rin asyik kena buli jer dengan dia.”

“Yelah, yelah Rin. Nanti bila senang ajak ibu datang minum kopi kat rumah ye. Lama dah tak duduk borak-borak dengan ibu. Ibu Rin pun sibuk dengan menjahit jer.”

“Oklah Mak Ana, nanti Rin bagitau ibu yer. Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam.” Adrina berlalu dengan hati berkecamuk.


‘Adoi, kenapa lah aku boleh tak perasan tadi yang abang Man ada tetamu?’ Perasaannya bercampur baur. Malu dan terkejut pun ada. Teringat herdikan Azrul tempoh hari. Mukanya tiba-tiba bertukar rona merah. Menyerlahkan lagi kecerahan kulitnya yang sememangnya putih kemerahan itu. Adrina menyarung semula selipar jepunnya. Tiba-tiba, di tepi pintu pagar rumah Rahman dia terpandang basikal Mountain Bike Biru Hitam. Dia pasti, itulah basikalnya. Basikal yang dicari empunya sejak dari dulu.


‘Tapi siapa punya? Azrul yang punya ke?’ tiba-tiba dirasakan darahnya mula menggelegak. ‘ Bukan setakat mawas aja, rupanya ketua mawas. Tau la nasib kau nanti ’ desis hatinya.


************************************************


Mereka bertiga awal-awal lagi sudah sampai ke tempat letak basikal. Seperti yang dijanjikan, mereka ingin memastikan bahawa empunya basikal biru hitam tersebut ialah Azrul. Sedang mereka asyik berborak, empunya basikal tersebut muncul. Lelaki itu membuka kunci basikalnya dan menuntun basikalnya ke luar pagar.

Kan aku dah kata dia yang punya. ” Adrina berkata tegas.

“Iyelah kan. Tapi, betul ke kau tak silap basikal ni?” Soal Ida.

“Positif… 100%. ” Adrina membalas.

“Alamak, lepas ni nampaknya ada yang istihar perang.” Usik Fazila.

Adrina menggetap bibir tanda geram.


***************************************************


Adrina terkocoh-kocoh menuju ke bilik gerakan Pengawas. Dia duty pagi ini. Dia akan menjadi konduktor lagu untuk perhimpunan pagi ini. Dia menolak kuat pintu bilik Pengawas. Tiba- tiba dia mendengar suara orang mengaduh. Pintu yang ditolak kuat terkena seseorang.


“Adoi, tak nampak orang ker?” jerit suara itu.

“Maaf, maaf... Sorry yer... Saya nak cepat nie “ Balas Adrina sambil memalingkan mukanya dari arah suara itu.

‘Ambik engkau, ni la balasannya kalau perangai macam ketua mawas tak ada sivik.’ detik hati Adrina.

“Lain kali kalau dah tahu duty, datang lah awal sikit.”. Balas Azrul. Lidah Adrina seolah kelu. Mukanya merah menahan geram. Adrina berjalan menghampiri almari bagi mencari bendera untuk digantungkan di tiang bendera.

“Mana pulak bendera ni?” getus Adrina perlahan.

“Cari apa?” Soal Nazrul.

“Err Bendera.” Balas Adrina acuh tidak acuh.

Ada lah kat situ tadi.” Suara Azrul meninggi.

“Betul abang Azrul, tak ada kat dalam almari ni.” Balas Adrina dengan nada gelisah sambil tangannya lincah menyelongkar almari besi tersebut.

Cuba cari dengan mata. Bukan dengan kepala lutut.” perli Azrul.

“Betul.., tak ada dekat sini. Dah puas saya cari ” Adrina bersuara yakin. Tiba-tiba Dewi menghampirinya.

“Kau cari apa ni Rin? Cuak semacam je?” Soal Dewi.

“Bendera la. Mana dia pergi ni?” balas Adrina gelisah.

“La, Abang Azrul tak bagitau dia ke?” soal Dewi kepada Azrul.

“Bagitau apa?” soal Rin tak mengerti. Azrul buat-buat tidak tahu.

“Bendera kan dah bergantung kat luar nun.” Balas Dewi.

“Dah gantung? Tapi tadi aku tanya abang Azrul…” belum sempat Adrina menyambungkan ayatnya, Azrul memintas.

“Tak dengar ke? Ada orang dah gantungkan tadi.” Balas Azrul tak bersalah.

“Ha?” soal Rin bagai tak percaya.

“Ish budak ni, pekak ke apa? Bendera dah digantung. Lain kali jangan lambat.” Balas Azrul. Adrina diam membisu sambil mengangguk kepalanya.

“Tercegat apa lagi? Duty blok A kan? Pergilah cepat, loceng dah nak berbunyi ni.” sergah Azrul lagi.

“Emm, okk. ” Balas Adrina sambil berlari-lari anak menuju ke blok A dengan hati yang membengkak. ‘Memang dasar bapak segala mawas. Aku tak cari pasal, kau nak cari pasal yer. Tengah hari nanti kau balik sorong basikal la jawabnya.’ Adrina menggumam perlahan sambil tersengih.


*****************************************


Adrina keluar awal pada masa rehat tadi. Ditinggalkan Fazila dan Ida yang sedang beratur membeli makanan dengan alasan ingin ke tandas. Dia berlari-lari anak menuju ke tempat letak basikal. Di berjalan seolah-olah sedang memeriksa deretan-deretan basikal yang ada. Matanya meliar mencari basikal biru hitam itu.

Tiba-tiba langkahnya terhenti.

“Yeayy.. dah jumpa” katanya perlahan. Adrina memerhatikan kiri dan kanan. Bimbang perlakuannya sedang diperhatikan.

‘Line Clear.’ Katanya di dalam hati.

Dihampirinya basikal itu dan dia duduk bertinggung di tepi basikal itu seolah2 sedang membetulkan tali kasutnya. Namun, jarinya menyelit ke jejari besi tayar basikal itu dan angin dari tayar basikal itu dikeluarkannya. Depan dan belakang. Adrina bingkas bangun dan membetulkan pakaiannya. Dia berjalan laju meninggalkan tempat letak basikal dan menuju semula ke kantin.

‘Puas hati aku.’ Kata hati kecilnya.