Aku masih di sini…
Menanti sesuatu yang tidak pasti
Mengharap sesuatu yang entahkan mungkin terjadi
Menganyam sesuatu yang mungkin hanya mimpi
Aku masih di sini…
Menanti cinta darimu yang tak pernah ku rasa
Mengharap indahnya cintamu walaupun kau tak pernah ada
Menganyam rindu padamu yang entah di mana
Aku masih di sini…
Bezanya kini aku lebih mengerti
Tiada gunanya aku terus di sini
Menanti, mengharap dan menganyam indahnya fantasi
Kerana ku tahu kini, bagimu aku tidak pernah ada dihati
Aku masih di sini…
Bezanya kini aku lebih mengerti
Aku kini tidak lagi menanti segalanya menjadi pasti
Aku kini tidak lagi mengharap impiku menjadi realiti
Aku kini tidak lagi menganyam mimpi yang telah lama pergi
Mungkin tiba masanya kini…
Aku bangun dan melangkah pergi
Membasuh luka dan merawat hiba di hati
Kerana aku bimbang jika lebih lama aku di sini
Lukaku makin parah dan aku tak mampu berdiri dan melangkah lagi
salam ayu...terima kasih ucapan bday tuk baby tu...kat sini khas untuk n3 cerpen ye...bagus gak ni yek... :D
ReplyDeleteAdoi kak, kantoi... malu giler niee (sambil tutup muka)... muakakaka... akak kalo baca jgn gelakkan tau... senyum2 udahler... maklumlah budak2 baru belajar.... Ngeeee...
ReplyDelete