Saturday, July 11, 2009

Comelnya Cinta Part 2...



Linda, Hidayu, Hakeem dan Afiq berjalan keluar dari pusat bowling itu. Farisya tidak turut serta kerana minggu ini dia ingin pulang ke kampung halamannya.

“Afiq, laparlah. Jom makan.” Usul Ayu.

“Nak makan mana?” soal Afiq.

“Food court ajerlah yer. Aku rasa nak makan yong tau fu lah” balas Linda.

“Boleh gak. Aku tak kisah mana-mana pun.” Jawab Hidayu.

Mereka berempat beriringan menuju ke food court di tingkat atas sekali bangunan mall itu. Selepas menjamu selera, mereka berempat berpakat untuk menuju ke MPH untuk meninjau-ninjau dan mencari bahan bacaan baru.

Sedang asyik berbual dan dalam perjalanan ke MPH di tingkat bawah sekali, tiba-tiba Linda terpandangkan seraut wajah. Dia amat kenal wajah itu. Tapi, masakan apa yang dilihat itu betul. Setahu Linda, Zafrul dah mula bekerja di Kuantan. Dia mencuit Hidayu.

“Ayu, mata aku salah tengok tak?” Soal Linda sambil memuncungkan mulutnya ke arah subjek.

“Mmmm, aku rasa tak salah dah tu. Memang mamat tu. Amboi bergumbira nampak.” Getus Hidayu.

“Keem, kau rasa kau kenal tak mamat tu?” soal Linda pada Hakeem sambil menundingkan jarinya.

“Mamat mana pulak yang kau berkenan ni Linda?” sambil melihat ke arah yang dimaksudkan oleh Linda.

“Betul tak apa yang kami nampak?” soal Hidayu.

“Aku rasa betul dah” Balas Afiq, sambil mengiyakan. Hakeem hanya menggetap bibir menahan geram melihat Zafrul yang sedang memimpin tangan seorang gadis yang sedang tergelak manja.

“Budak tak kenang dek untung.” Getus Hakeem sambil berjalan menhampiri Zafrul. Laungan teman-teman yang lain sudah tak diperdulikannya lagi.

“Zafrul, aku ada hal sket nak cakap dengan kau.” Balas Hakeem sambil menarik tangan Zafrul menjauhi gadis yang bersamanya.

“Apahal ni?” Soal Zafrul.

“Perempuan mana pulak kau heret ni ha?” soal Hakeem.

“Girlfriend aku la. Kau ni siapa nak ambik tahu hal aku?” soal Zafrul rimas.

“Aku kawan Isya, Hakeem.” Terang Hakeem.

“Ooo, ni la Hakeem yea.” Balas Zafrul tanpa rasa bersalah.

“Zaf, kau tak patut buat Isya macam ni?” Hakeem bersuara.

“Aku buat apa kat dia?” soal Zafrul pura-pura tak mengerti.

“Kau mainkan perasaan dia Zaf. Tak kasihan ke kau kat dia?” Nada suara Hakeem mula mendatar.

“Bro, soal hati dan perasaan mana boleh paksa-paksa” balas Zafrul selamba.

“Amboi, senangnya kau cakap. Masa kau dok tagih cinta dia kali kedua hari tu, ada siapa-siapa yang paksa kau ke?” soal Hakeem. Nada suara dia makin meninggi.

“Itu dulu.” Balas Zafrul selamba.

“Habis tu, kenapa kau tak terus terang aja dengan dia. bagitau dia hal sebenar. Lepaskan dia dengan cara elok?” soal Hakeem tak puas hati.

“Yang kau sibuk sangat ni kenapa? Kalau aku lepaskan dia kenapa? Kau pulak nak ambik sisa-sisa aku tu? ” Zafrul berkata bongkak.

“Apa yang kau merepek ni Zaf?.Suara Hakeem mula bergetar menahan marah. Kalau diikutkan hati, sekarang jugak ditumbuknya muka lelaki yang tak tahu malu itu. Tapi dia cuba bersabar.

“ Kalau aku tak ambik Isya tu jadik awek, kau ingat ada orang lain ke nak ambik dia jadi awek?” soal Zaf sombong.

“Zaf, tak baik kau cakap macam tu. Isya tu budak baik. Dia tu kawan kau jugak Zaf.” Balas Hakeem lagi. Penumbuknya digenggam erat. Tunggu masa sahaja untuk dilepaskan. Afiq, Hidayu dan Linda merapati mereka berdua. Afiq memegang erat penumbuk Hakeem. Menahannya dari dilepaskan. Kalau tidak nanti, ada pulak drama tak berpengarah kat khalayak ramai ni.

“Dahlah, malas aku nak layan korang. Korang kirim salam kat kawan korang tu. Hakeem, kalau kau nak sangat kat lsya tu, ambiklah. Aku tak kisah.” Balas Zafrul angkuh sambil meninggalkan mereka yang terkial-kial.

“Kurang ajar punya jantan.” Getus Linda.

“Budak ni elok terlungkup je tepi jalan.” Balas Hidayu.

“Kesian Isya kalau dia tahu orang yang dia sayang cakap macam tu.” Balas Afiq. Hakeem hanya membisu seribu bahasa. Jauh di sudut hatinya luluh dan pilu. Tak dapat dibayangkan kalau Isya sendiri yang dengar kata-kata Zafrul tadi. Hujung minggu mereka yang sepatutnya ceria berubah mendung tiba-tiba. Masing-masing kemudiannya diam seribu bahasa melayan perasaan.



Cuti semester telah bermula. Farisya nekad kali ini. Dalam tempoh cuti selama tiga bulan ini, dia nekad ingin menurunkan berat badannya dengan cara yang sihat. Bukan semata-mata ingin tampil menarik, yang penting dia ingin mengurangkan risiko untuk berdepan dengan penyakit akibat berat badan yang berlebihan. Dia mengatur semula jadual pemakanannya. Dia juga mula mengikuti kelas aerobik di sebelah petang setiap 3 kali seminggu. Di hujung minggu, dia akan berjongging ataupun berlari-lari anak di taman tasik berhampiran rumahnya. Dia kini rasa lebih cergas dan sihat. Saban minggu angka di penimbang digitalnya menunjukkan penurunan. Dia bersyukur usahanya berhasil. Tiga bulan berlalu. Dia akan kembali semula ke kampus pada minggu hadapan.

Dia mula memilih baju-baju yang ingin dibawanya pada semester hadapan. Baju-baju lamanya dicuba semula. Kesemua baju kurungnya kelihatan gelebeh dan agak longgar, namun masih boleh dipakai. Angka 10 kilogram yang hilang dari badannya dalam tempoh 3 bulan itu bukan sedikit. Dan sebagai hadiah atas usahanyanya menurunkan berat badan, Isya membeli 5 pasang kain untuk membuat baju kurung yang baru dan meminta ibunya manjahitkan untuknya. Dia mengacu baju barunya. Dia berpusing-pusing di hadapan cermin. Dia puas dengan penampilannya kini. Dia masih dia yang dulu, cuma dia nampak semakin yakin dan kelihatan lebih bertenaga dengan fizikal barunya.



Isya mengemas katilnya. Dia meminta pada pihak pengurusan asrama untuk kekal di bilik lama. Kerana dia selesa di situ. Linda dan Hidayu masing-masing pun dah ada di bilik masing-masing. Dia ingin siap berkemas dahulu baru mendapatkan teman-temannya.

Usai mengemas pakaiannya ke dalam almari, dia mencapai beg galas tepi berwarna putih itu. Dia mengunci pintu biliknya dan menuju ke bilik Hidayu di tingkat atas.

“Assalamualaikum” Farisya mermberi salam.

“Waalaikumussalam. Masukla Isya” balas Hidayu dari dalam. Ayu amat kenal akan suara itu.

“Ayu, kau sihat?” soal Isya sambil menguak pintu bilik Ayu dan memeluk ayu keriangan.

“Isya, kau nampak lain lah.” Balas Ayu.

“Lain, apa yang lain? aku sama jer macam dulu.” Balas Farisya pura-pura tak mengerti.

“Isya, kau dah kurus.” Jerit Hidayu keriangan.

“Mana ade, macam biasa jer. Kau tu yang makin berseri-seri. Maklumlah, tinggal tak sampai satu tahun jer lagi. Lepas ni orang tu dah nak naik pelamin. ” Usik Isya sambil tersenyum.

“Isya, aku cakap pasal kau, kau cakap pasal aku pulak. Serius ni Isya, berapa kg yang turun ni? Adoi, makin comel aku tengok kau ni Isya.”

“Apa, sebelum ni aku tak comel?” Isya bergurau.

“Comel, tapi sekarang lagi comel. Linda dah jumpa the new Isya belum?” soal Hidayu tidak sabar.

“Belum.” Balas Farisya.

“Jom, pergi bilik dia. Aku yang tak sabar nak bagi dia jumpa kau. Lepas tu kita lunch ok?” cadang Hidayu.

“Habis, ni taknak kemas ke?” soal Isya sambil menundingkan jari ke arah timbunan pakaian Hidayu yang telah dikeluarkan dari begnya.

Ala, tu takper, nanti-nanti boleh buat. Cerita sensasi ni tak boleh tunggu lama dah.” Usik Ayu. Farisya hanya tersengiih melihat keletah Hidayu yang periang itu. Mereka menuju ke bilik Linda. Reaksi Linda agak stereotaip dengan reaksi Hidayu.

Isya hanya mampu tersengih dan jauh di sudut hatinya dia bersyukur kerana Allah kurniakan dia sahabat yang sejati. Dalam ramai-ramai sahabat, tiba-tiba dia teringatkan Zafrul tiada lagi sendu di hatinya. Dia bebas kini. Khabar itu masih belum disampaikan kepada mereka semua.

Mereka ke Kafetaria di Pusaneka. Setelah memilih juadah dan lauk pauk untuk makan tengah hari, mereka bertiga duduk di meja yang agak tersorok dari laluan orang ramai.

“Isya, kalau la Hakeem dengan Afiq tengok kau sekarang, sure diaorang terkejut beruk.” Hidayu bersuara.

“Apa pasal pulak, tak ada bezanya sangatlah aku ni.” Balas Farisya merendah diri.

“Tak beza sangat kau kata? Kau tak nampak tadi masa bertembung dengan Abang Yusri? Dua tiga kali dia toleh dekat kau. Macam konfius takut silap orang jer. Lepas kau senyum kat dia, baru dia berani nak segih kat kau.” Balas Linda.

Ala, abang Yus tu, drama jer lebih.” Balas Isya sambil tersengih.

“Ni kalau Hakeem nampak kau ni, mau tak tidur malam budak tu. Makin angau ler dia dekat kau.” Usik Linda.

“Kenapa pulak dia nak angau dekat aku?” balas Isya tak mengerti.

“Kau ni Isya, takkan tak paham kot. Kan mamat tu suka kat kau.” Balas Hidayu. Farisya hanya menjungkit bahu.

“Isya, aku tanya kau jangan marah yer.” Linda meminta izin.

“Tanya ler. Takder maknanya aku nak marah. Pasal apa?” soal Isya.

“Zaf.” Balas Linda pendek.

“Kenapa dengan Zaf?” Soal Isya. Walaupun dia dah dapat agak persoalan itu.

“Kau dengan dia macam mana? Dia dah jumpa kau lepas kau kurus?” soal Linda.

“Aku dengan dia dah putus. Dah lama dah. Masa awal-awal cuti hari tu. ” balas Farisya tenang.

“Serius? Alhamdulillah. Lega aku dengar.” Balas Linda lagi.

“Kalau dia nampak kau sekarang ni, mesti menyesal tak sudah mainkan perasaan kau dulu.” Balas Hidayu.

“Emm, takde maknaya. Aku ni tak manja ngan menggoda. Mana reti nak liuk-lentok ni. Aku ni bukan taste dia ” balas Isya.

“Kalau bukan taste kenapa dia gatal-gatal nak couple dengan kau dulu?” soal Hidayu geram. Farisya hanya menjungkit bahu.

“Mamat tu memang tak sedar dek untung, padan muka pun kalau perempuan kat luar sana tu nak mainkan dia.”

“Tak baik doakan yang tak baik kat orang lain tau.” Usik Isya.

“Kau tu baik hati sangat Isya, orang buli kau pun kau diamkan jer.” Ayu membalas.

“Meminta pada yang ada, merayu dan bermanja pada yang kasih. Buat apa nak susah-susah Fikir ? Baik kita terima orang yang boleh terima kita seadanya. Baik, buruk, susah dan senang.” Balas Isya lagi.

“Macam Hakeem?” soal Linda lagi.

“Apa korang ni? asyik-asyik Hakeem.” Balas Farisya gelisah namun masih tersenyum.

“Senyum-senyum tu tanda setuju.” Usik Ayu. Farisya sengih sambil menghabiskan makan tengahhari itu.



Isya merenung kipas yang ligat berpusing. Dia mencari-cari wajah Hakeem yang lama tak ditemuinya. Tiba-tiba dia teringatkan panggilan telefon dari Zafrul 3 bulan lalu.

“Zaf, sampai bila kita nak terus macam ni? kalau Zaf dah ada pilihan hati lain terus terang ajerlah. Isya boleh terima.” Isya memulakan bicara.

“Kenapa? Isya dah tak sayangkan Zaf lagi?” Duga Zafrul.

“Entahlah Zaf, Zaf dah makin jauh dari hidup Isya. Zaf pergi dan datang sesuka hati. Isya dah letih dengan permainan hati ” balas Isya tenang.

“Isya tak marah dan bencikan Zaf kalau Zaf cakap Zaf dah jumpa orang lain? ” soal Zafrul lagi.

“Zaf, Isya tak nafikan hati Isya ni tercalar dan pedih. Tapi, kalau Zaf terus-terusan bersikap macam ni, pedih tu akan melarat. Sebelum luka di hati Isya ni berdarah kembali, lebih baik kita habis di sini. Tapi Isya tak pernah marah dan bencikan Zaf. Walau apapun terjadi, Zaf tetap sahabat Isya.” Balas Isya dengan air mata yang bergenang. Zaf terdiam seketika.

“Isya, Zaf mohon ampun dan maaf atas salah silap Zaf pada Isya. Bukan sengaja nak mainkan hati Isya. Tapi entah macammana, kat tempat kerja, Zaf jatuh cinta dengan orang lain. Zaf tak sampai hati nak bagitau Isya. ” Zaf berterus terang.

“Soal hati dan perasaan ni mana mana boleh dipaksa Zaf.” Keluh Isya.

“Itu yang Zaf bagitau Hakeem.” Balas Zafrul.

“Hakeem? Bila masa pulak Zaf cakap dengan Hakeem?” Soal Farisya hairan.

“Hakeem tak bagitau yang dia ada terserempak dengan Zaf masa Zaf turun KL dengan Ila hari tu?” soal Zafrul.

“Ooo, Ila nama budak tu Zaf? Mmm..Hakeem tak cakap apa-apa pun.” Balas Isya sambil mengerut dahi.

“Nyaris jugak muka Zaf ni lebam kena penumbuk dek Hakeem tu. Nasib baik kawan-kawan yang lain ada tahan dia.” balas Zafrul.

“Kawan-kawan yang lain?” soal Farisya.

“Linda, Ayu ngan sorang lagi budak lelaki. Apa ntah nama dia.” Zafrul cuba mengingati.

“Mmm, Afiq kot. Sampai hati diaorang tak bagitau Isya.” Balas Isya perlahan.

“Diaorang taknak Isya sedih kot. Zaf mintak maaf sebab masa tu Zaf ada cakap kasar sikit dengan Hakeem. Tu yang nyaris-nyaris kena penumbuk tu” balas Zafrul.

“Benda dah lepas, biarlah lepas Zaf.” Isya berkata lemah. Jauh di sudut hatinya dia bingung kenapa teman-temannya merahsiakan perkara ini.

“Isya, Hakeem tu budak baik. Zaf yakin dia mampu bahagiakan Isya”

“Apa yang Zaf merapu ni?” soal Farisya tidak mengerti.

“Isya, mana ada lelaki yang tiba-tiba aje rasa nak belasah lelaki lain sebab lelaki tu curang.” Jelas Zafrul.

“Dia anggap Isya ni kawan baik dan dia ambik berat. Simpati mungkin ” Isya menjelaskan.

“Isya, Zaf sendiri nampak dari sinar mata dia. Zaf ni lelaki. Zaf tahu, dia cintakan Isya. Sememangnya dia lebih layak untuk Isya. Dia mampu mempertahankan Isya. Tak macam Zaf.” Balas Zafrul lemah.

“Tau tak apa.” Usik Isya. Zaf juga tergelak kecil. Kisah cinta Zaf dan Isya tamat di situ. Isya doakan pilihan Zaf kali ini tak silap lagi dan mendoakan kebahagiaannya. Zaf juga mendoakan kebahagiannya dengan Hakeem.

‘Dengan Hakeem? Mungkinkah terjadi? Dia akui Hakeem sangat baik dengannya. Hakeem melayannya dengan baik tanpa jemu. Hakeem sentiasa ada disisinya kala susah dan senang. Dia akui, Hakeem sentiasa menceriakan hari-harinya. Dan tak dinafikan dia gembira bersama Hakeem. Tapi, entahkan dalam diam Hakeem sudah punya pilihan hati.’ Farisya akhirnya lena diulit mimpi.



Hakeem memandang jam di tangan. Entah mengapa hatinya terasa debar untuk bertemu dengan Isya kali ini. Sudah berbulan lamanya dia tidak menatap wajah gadis itu. Dia rindu untuk melihat seraut wajah comel itu. Dari jauh dilihatnya Isya laju menuruni anak tangga. Isya menghampirinya. Hakeem melihat insan di hadapannya tanpa berkelip matanya.

‘Mata akukah yang silap ni? Silap orangkah?’ desis Hakeem sambil menggenyehkan matanya.

“Assalamualaikum.” Isya memberi salam.

“Waalaikumsalam.” Hakeem menyahut salam. Sah, dia tak silap orang.

“Isya, lain betul aku nampak kau. Ingatkan dah silap orang tadi ” Balas Hakeem.

“Kenapa? Kau ingat ntah awek mana yang datang nak berkenalan dengan kau ke?” Usik Isya.

“Aku ingat macam tu la.” Balas Hakeem sambil tersengih.

“Pirahh, perasan betul kau ni Keem.” Isya berseloroh walaupun didadanya terasa getarnya.

“Isya, comel sangat aku tengok kau sekarang.” Tegur Hakeem.

“Selama ni aku tak comel ker?” balas Isya.

“Siapa kata? Dari dulu, dah berapa juta kali aku cakap kau memang comel. Kau aje yang degil, taknak percaya. ” Balas Hakeem.

“Afiq mana?” Isya mengalih topik.

“Entah, dia kata nak main badminton petang ni.” balas Hakeem.

“Kau tak ikut main sekali ? “ Soal Isya menduga.

“Malaslah, aku rindu sangat kat kau ni.” Hakeem menyakat. Isya hanya tersengih. Hakeem menuju ke keretanya. Isya hanya mengikut Hakeem dari belakang. Hakeem membukakan pintu untuk Isya dan Isya meloloskan tubuhnya ke dalam kereta.

“ Nak pergi mana ni?” soal Isya.

“Jalan-jalan.” Balas Hakeem.

Ala, kita berdua aje ker? Kenapa la budak-budak bertiga ni ada macam-macam hal pulak hari ni? awal-awal sem ni rilek-rilek la dulu.” Rungut Isya sambil mengerutkan dahi. Hakeem hanya tersengih mendengar rungutan Isya. Dia menoleh ke arah Isya, ‘Kan aku dah cakap, Isya ni kalau dahi berkerut pun nampak comel.’ hati Hakeem berbisik.

“Isya, kalau aku tanya kau jangan marah yer?” soal Hakeem.

“Ish, bosan betul aku dengan ayat tu. mesti nak tanya pasal Zafrul kan.” Balas Isya meneka.

“Mana kau tahu?” soal Hakeem hairan.

Ala, kau pun sama dengan budak-budak 3 orang tu. Kalau nak tanya pasal Zaf aje, mesti nak mula dengan ayat sopan macam tu.” balas Isya sambil tergelak kecil.

“Aik, lain macam jer aku dengar nada tu. Macam happy jer aku dengar. Kau dah berbaik semula dengan dia?” Soal Hakeem.

“Kalau aku cakap dah…?” Isya belum sempat menghabiskan ayatnya.

“Alhamdulillah, Isya. Aku doakan kau bahagia. Aku tak suka tengok kau sedih-sedih.” Balas Hakeem ikhlas walaupun raut wajahnya sedikit mendung.

“Kenapa kau tak suka tengok aku sedih-sedih?” Isya bertanya lanjut.

“Sebab… aku tumpang bahagia kalau kau pun bahagia.” Balas Hakeem jujur namun sedikit gugup.

“Aku takder kereta ke, motor ke. Macam mana aku nak tumpangkan kau?” sakat Isya.

“Kau ni Isya, aku serius ni. Kau main-main pulak.” Balas Hakeem geram. Isya tergelak kecil.

“Keem, turn aku pulak tanya. Kau jangan marah yer.” Usik Isya.

“Tanyalah. Apa? Janji aku tak marah.” Hakeem angkat tangan tanda berjanji.

“Kau dah ada orang yang kau suka? Maksud aku, teman istimewa.” Soal Isya serius.

“Mmm, ada… tapi, aku syok sendiri jer. Dia dah ada yang punya. ” Balas Hakeem selamba.

“Dah lama kau suka kat dia? ” Isya cuba mencungkil rahsia.

“Lama jugak. Dari mula-mula aku jumpa dia 2 tahun dulu.”

“Orang dia macammana? comel macam aku?” soal Isya menduga.

“Mmm, comel sangat… dulu dia comel, sekarang bertambah comel. Kalau tak kerana dia dah berpunya, sekarang jugak aku bawak dia balik kampung aku. Nak suruh mak abah aku pinang dia.” Balas Hakeem berseloroh.

“Kenapa bawak balik kampung kau pulak. Nak pinang anak dara orang, pergi kampung dialah.” Balas Isya sambil tersengih.

“Umah dia, aku tak tau. Aku bawak balik kampung aku dululah nak kenalkan dengan mak bapak aku.” Balas Hakeem taknak mengaku kalah.

“Kau tak tahu umah kat kampung dia ye, meh aku tunjukkan jalan. Mula-mula kau masuk dulu highway. Lepas tu, masa exit kat….”

“Isya, kau main-mainkan aku yer.” Hakeem tersedar Isya mempermainkan dia. Isya menahan tawa.

“Isya, tak baik tau main-mainkan perasaan aku.” Hakeem pura-pura merajuk.

“Keem, jangan ler merajuk.” Pujuknya.

Farisya diam seketika. Hakeem merenung lama wajah Farisya. Farisya masih membatu. Hakeem kemudiannya memberhentikan keretanya di pinggir jalan.

“Isya, kenapa ni?” soal Hakeem tak mengerti.

“Betul kau sukakan aku? ” Soal Isya berterus terang.

“Betul..” jawab Hakeem laju tanpa disedarinya. Wajah Hakeem merona merah menahan malu.

“Kalau sayangkan aku?” soal Isya lagi.

“Sayang sangat.” Balas Hakeem serius kali ini.

“Kalau betul kau sayangkan aku, Aku tak boleh nak tumpangkan bahagia untuk kau… sebabbb…”

“Zafrul?” Soal Hakeem. Farisya menggeleng.

“Sebabbbb, aku taknak kau tumpang bahagia aku jer. Aku nak kau ngan aku sama-sama lakar bahagia.” Jawab Farisya yakin.

“Habis tu, zafrul macammana? tadi kau kata kau dengan dia dah elok balik.” Soal Hakeem tak mengerti.

Bila masa aku cakap dah elok? Aku nak cakap dah putus. Aku tak sempat habis cakap lagi, kau dah cakap Alhamdulillah. Teruk betul kau ni.” Farisya tergelak kecil.

“Kau jangan main-main Isya.” Hakeem gugup.

“Mana ada aku main-main. Aku serius ni Hakeem. Itupun kalau kau sudilah kan.” Isya main tarik tali.

“Sudi… sangat-sangat aku sudi.” Balas Hakeem gembira. Mereka terdiam seketika.

“Isya, thanks.” Hakeem mengucapkan terima kasih.

“Patutnya aku yang ucap terima kasih kat kau. Keem, kau yang selama ni berkorban untuk aku, sanggup susah senang dengan aku, terima aku seadanya. Tq so much yer Keem. Terima kasih jugak sebab pertahankan aku masa kau jumpa Zafrul hari tu. ” Balas Isya.

“Mana kau tahu?” soal Hakeem.

“Zafrul bagitau. Kenapa kau tak tumbuk jer dia hari tu? teringin jugak aku dengar Zafrul kena tumbuk.” Jawab Isya sambil tersenyum.

“Aku seram jugak nak tumbuk dia. Aku nampak badan dia boleh tahan jugak ‘tough’ ” Balas Hakeem sambil tersengih. Isya tergelak kecil.

“Isya, jangan senyum banyak-banyak. Boleh luruh jantung aku ni.” Usik Hakeem.

“Selama ni, kau angaukan aku la yer. ” Usik Isya.

“Mana ader, aku angaukan si comel kucing siam tu. ” Hakeem berseloroh.

“Bencilah aku dengan kau ni. Asyik-asyik samakan aku dengan kucing. Ni Afiq punya idea la ni” Balas Isya geram.

“Isya, jangan marah nanti kau bertukar warna.” Usik Hakeem.

Ala, kalau aku tukar kaler hijau pun aku tetap comel kan.” Balas Isya meneka. Hakeem cuma tersengih.

“Isya, sama-samalah kita usaha dan berdoa agar ada jodoh kita dan moga jodoh kita panjang. Amin.” Doa Hakeem.

“Semoga, kasih sayang dan cinta kita ini kan kekal mewangi hingga akhir hayat. Amin.” Balas Isya.

“Budak-budak bertiga tu tau ke pasal ni?” soal Hakeem. Isya angguk.

“Patutlah masing-masing taknak mengekor hari ni. Kalau tak, pantang ajak.” Seloroh Hakeem.

“Diaorang kasi can.” Balas Isya. Mereka berdua tertawa kecil. Entah mengapa tiba-tiba terasa ada percikan bunga api dan gemerlapan kerdipan lampu di hati mereka berdua walaupun pesta tahun baru yang penuh warna warni dengan percikan bunga api telahpun lama berlalu.

3 comments:

  1. Salam ziarah..
    k.iera jugak minat menulis. karya terbaru Cinta Yang Terhalang yg disiar di penulisan2u.
    sila kunjungi blog k.iera http://iera-ilham.blogspot.com dan http://iera-lakarankehidupan.blogspot.com
    moga kita dpt berkongsi pendpt..

    ReplyDelete
  2. Kak iera thanks sudi singgah... tapi saya ni mmg beginner... hehehe...

    ReplyDelete